31 March 2011

just for you!

ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN WARDAH MIRZA

ALLAH SELAMATKAN KAMU!


*********

Nah! Hadiah birthday

So sorry. Cake agak comot. Biasalah. Nak cepat kan. Ini saja yang sempat epa buat :D
Haa tiup tiup tiuppppp! *Tepuk tangan*



HAPPY BIRTHDAY WARDAH <3




lots of love,
Epa yang comel

30 March 2011

take it as a challenge!

 

11A+ PLEASE, PLEASE BE OURS

*Abaikan eyebag. Tu tanda budak rajin URGH! 'tangan letak dada mata pandang atas!*

Susah kan nak dapat 11A+?
Tapi tak mustahil. Err kan kan?
Yela derr. What do you expect duhh?!
T_T



Oh physics! You really really make me small heart. Why between us no chemistry?
Kalau teacher Aina baca ni, mesti menangis 3 hari 4 malam. HMPH!

25 March 2011

syok sendiri

Petang Jumaat yang Indah lagi tenang lagi permai lagi bosan (kuasa dua). Rumah aku kosong oh. Kosong dengan orang. Kecuali aku lah kan. Semua orang sibuk dengan hal masing masing. Parents kerja, abang bercuti di Pulau Pangkor (Yang ni biadap! Bukan reti nak mengajak =.=') adik pulak camping. Hish. Semua macam dah berpakat je nak tinggalkan aku sorang sorang kat rumah. Ada apa apa ke ni? Entah entah saje nak surprisekan aku? Jap jap. Hari ni berapa haribulan? Err lambat lagi birthday aku. Hehehe :D

Bila dah sorang sorang tu kan, apa lagi yang boleh aku buat, (selain makan dan tidok) webcam! :D
Tapi yang sedihnya, aku webcam sorang sorang je ah. Manada yang sudi bersua dengan muka aku kan kan? Tskkkkk. Belajar? Nanti nanti. Malam sikit Hahaha =D 

Nah gambar gambar edisi terhad aku! Tapi, jangan tenung lama lama tau. I malu!

JANGAN TENUNG JANGAN TENUNG KITE MALU NANTI lol


Kening aku hampir hampir bersambung wehh!
Comel kan hidung aku comel comel


Terperangkap dalam badan yang sangat besar!
Aku rasa aku comel lah dengan muka macam ni :P
Kau rasa?


Dagu aku macam ada beard?
Pencukur apa yang bagus eh? Rimaslah LOL


 Aku tengok hidung aku teringat ikan jerung yang dalam cerita Finding Nemo tu.


Tak sama ke? HAHAHAHAHAHA =D
Gigi dia macam tajam sikit en, gigi aku rata. Doktor gigi selalu puji OKAY TIPU

GAMBAR PEBERET NI NAK SURUH AYAH CUCI, FRAME LETAK KAT RUANG TAMU SENANG TETAMU DATANG TERUS NAMPAK
LEPASTU LETAK KAT DAPUR SEKALI


Gambar passport? Ke gambar IC? Cun jugak

Okaylah. Gambar yang lain tu biar aku simpan elok elok. Takkan semua nak kasi tunjuk haih tahulah aku comel hahaha okay tak tak gurau je lah :D

Why not kau pulak yang tangkap gambar gambar macam ni lepas tu tunjuk kat aku? Jangan tunjuk kat pakwe kau pulak. Pakwe zaman sekarang tak suka awek dia amik gambar tak tunjuk muka lawa / comel.
Aik macam ada pengalaman je kak? Cer cite cer cite.
Eh manade manade.




Gambar penutup :

Aku rasa lubang hidung aku tak sama besar =.='
Ada jerawat kot dalam tu. Oh patutlah sakit

Ke sebab selalu korek hidung? Hish tak senonoh mana ada!
cer cite cer cite T_T

24 March 2011

pelajar terbilang

Semalam result SPM keluar. Wa cuak gila wa cakap lu. Macam nak pecah dada ni, tak tahan dengan degupan jantung yang begitu laju. KONON. Alhamdulillah, wa dapat 11A+!

HAPPYNYEWWWWWWWWW! :P


c u t t t t t t t t t !

Hehehe berangan sat berangan sat. Terover pulak maafkan saya maafkan saya. Okaylah. Semalam (23 Mac), result SPM 2010 keluar. Dan Alhamdulillah, senior senior yang aku kenal semua mendapat result yang .  . YA ALLAH CEMERLANGNYA MACAM MANA ANDA BELAJAR MARI TUKAR OTAK!

Jadi, saya yang hina dan comel ini, nak selitkan ucapan jutaan tahniah kepada Nur Hashimah Hishamudin straight (9A), kakak kepada Maryam -> Syazana straight (11A), Kak Dina (7A), Kak Fatihah (6A) dan lain lain (Hanan Amalina Sakinah Najwa Farid Hana bla bla bla bla *ramai sangat :P)

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH SENIOR(S)! Saya bangga sobs sobs sobs.






Mereka dah selesai. Dan berjaya.


Aku?
Uhuk uhuk uhuk






Hari ni nak belajar apa eh? Physics? Chemistry? Bio? Eh senang sangat semua tu :O
 Nak belajar Bm lah. Cikgu Zaidah cakap jangan hantar 'sampah sarap' kat dia lagi! OKAY

21 March 2011

Warkah bajet hottt!

Assalamualaikum.

Sihat? Kalau tak sihat pergilah hospital mana tahu ada H1NI ke selsema burung ke. Tak pasal pasal nanti saya dapat berita buruk. Okay. Mesti awak terkejut kan kenapa tiba tiba saya buat satu entri khas untuk awak? Saya tahu awak mesti terkejut. Yelah, awak siapa je kan di mata saya sampai saya sanggup buat satu entri khas untuk awak. TAHU AWAK MESTI TERKEJUT.

Awak, kenapa awak selalu berkirim salam dengan saya? Malu ke? Saya tak suka lah. Awak tak cukup jantan ni. Saya rasa awak kena banyak banyak minum kopi jantan kasi jantan sikit. Hmm! 1 teko, minum 3 kali sehari. Okay tak? Saya yakin lepas ni awak mesti bertambah tambah jantan. Ehem. Okay.

Awak, sejujurnya, sebelum saya buat entri ini. Hati saya berbolak balik. Saya pun tak cukup jantan macam awak. SAYA MALU. Tapi saya tahu saya normal sebab saya perempuan memang patut saya malu tapi awak lelaki awak tak patut malu. SHAME ON YOUU BOO BOOO! Okay maafkan saya. Awak... awak ingat awak berada di perantauan ke nak berkirim salam bagai? Kenapa awak taknak bagi je gambar awak kat berita harian lepas tu awak bagi ucapan "Saya nak sampaikan salam kepada orang yang saya minati bla bla bla.." BETUL, SERIOUS SAYA TAK KISAH. SAYA TERHARU LAGI ADALAH! Tapi ni.. kan ke kita 1 negara, 1 negeri, 1 daerah bagai. Hmm betullah awak ni tak cukup jantan. Saya rasa saya lagi jantan dan macho dari awak. Saya minum kopi janda. Mak saya punya. Tak, gurau je lah.

Awak, macam nilah. Kalau betul awak minat, awak kene jumpa face to face, eyes by eyes, nose by nose, mouth by mouth. Eh! tu tak boleh. Backspace backspace! Hish. Awak, sepatutnya dari sekaranglah awak kene tunjukkan kejantanan awak. Supaya bila awak nak ngorat awek awek lain kat universiti nanti (Kalau awak masuk universiti) awak dah ada pengalaman. Kalau awak kene reject pun, awak tak de lah rasa tertekan rasa diri awak hodoh bebonor sampai nak bunuh diri. Trust me, awak takdelah hodoh mana.

Dear my boyfriend not to be . . .
Saya ni, takde lah kejam sangat. Saya ni, bukanlah seorang yang memilih. Saya ni jenis yang redha. Saya terima je apa yang terbaik. Eh eh jangan salah anggap. Awak memang baik. Saya tahu, awak selalu cuba untuk menolong kawan kawan awak dan akhirnya masalah kawan kawan awak . . . bertambah teruk. Damn. Takpa, saya tahu awak mencuba menjadi 'apa yang terbaik'. Tapi awak kene sedar, nobody perfect. Dan saya memang tak kisah dengan rupa paras. Saya tak kisah kalau muka pakwe saya macam Lee Min Ho ke, Lee Dong Wok ke, Charlie Mcdonnel ke. Serious. Saya tak kisah. Saya memang tak memilih lah awak. Muka awak pun tak de lah teruk sangat kan? Still ada rupa.

Awak, err boleh tak saya nak tahu awak guna pencuci muka apa? Ke tak guna? Erm ehem. Saya just nak cadangkan awak gunalah pencuci muka, like garnier untuk putihkan muka awak. Kalau awak nak cerahkan sikit muka awak lah. Tak. Awak tak gelap lah. Awak cuma lebih 2 tona warna gelap dari Black. Er penyanyi Mentor tu?  Takde lah gelap sangat awak. Jangan risau okay. Jangan fikir macam tu. Oxy or Nivea ke, Loreal for men ke? Mesti jerawat jerawat batu manja awak tu hilang. Awak, awak baca tak komik Lawak Kampus? Tahu tak watak bebop? Comel tak? Tak, saya saja cakap. Tau tau.

Awak. Saya suka awak. Saya suka awak sebagai kawan. Tak boleh lebih dari tu. Sebab saya masih belajar dan sekolah lagi. Mak bapak saya marah saya nanti. Erm. Universiti? Tak, saya rasa mesti mak saya suruh saya belajar dulu sampai dapat ijazah? Kerja? Aww awak memang bersungguh. Saya terharu. Tapi malang. Saya nak suruh mak saya carikkan. Lebih berkat. Saya harap awak tak kecil hati. Saya memang anak mak.
Mak i love you mak!

Awak, saya minta maaf kalau entri ni mengganggu gugat hidup awak. Saya minta maaf isk isk isk! Saya doakan hidup awak happy and bahagia. Jangan rasa rendah diri walaupun awak rendah. Biasalah kan lelaki zaman sekarang kebanyakkannya rendah rendah. Awak ada gang (at least).

Okay awak? Take care. Assalamualaikum.






Aku tak hot. Aku bajet konon konon jadi hot. Warkah palsu hanya ciptaan semata mata.

20 March 2011

I GOT JIBAMMM!


(Camera webcam)
GEMBIRANYAAAA!
Buku ni ada jual kat MPH Midvalley Megamall. Macam mana lah aku boleh tak perasan :/
Nasib baik ada kakak MPH baik hati tolong tunjukkan. Terima kasih kakak mph! Oh kakak mph, saya tak sempat nak belanja kakak askem baskin robin sebab tolong saya 'dapatkan' buku ni. Sape suruh kakak mph pergi cepat cepat. Kan dah rugi =D 


Agaknya macam ni ke muka aku tadi bila dapat buku Jibam?
Err lagi teruk agaknya. Patutlah kakak mph tu pergi cepat cepat

=.='

18 March 2011

pengalaman memandu :D

Alhamdulillah. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan ibu bapa yang cukup supportive :D Mereka selalu menyokong dan mendorong saya untuk belajar memandu walaupun belum tiba masanya lagi AHA! :P

Oleh yang demikian, pada tangga 17 Mac 2011, Ayah saya telah mengajar saya cara cara untuk membawa kereta menggunakan kereta kancil abang kitew. Ayah ajar macam mana nak gerakkan kereta, tekan yang mana, nak reverse macam mana, naik bukit and macam mana nak pegang stereng dengan betul. Okay yang terakhir tu sangat annoying T_T

Alhamdulillah lagi. Saya berjaya untuk menggerakkan kereta. Gerak je weh gerak je. Yang lain hmmm hehe well ni kan first time kiteww bawakk so standard lah kan kalau terlaju sangat ke hehe. (Paling laju 40 paling perlahan 10, tapi aku bawak 15). Dan satu kelemahan aku yang selalu ditegur, aku pantang nampak bumper. Kalau nampak bumper aku akan TERTEKAN minyak dan boom! Semua melompat hehehehehehe SORRY AYAH =(

Comment ayah, "Peninglah. Hishhh!"

Fine. Ni kan first time T_T

Hari ni, kiteww berjaya memujuk ibu kiteww untuk ajar memandu pulak LOL dengan harapan ibu lebih cool dan lebih 'penyayang' (Ayah garang grrrr =.='). Malangnya, air yang tenang jangan disangka tiada buaya, langit yang cerah jangan disangka tiada petir. Habis badan aku kene tepuk tampar mesra. Tapi aku rasa aku tak bersalah. Kereta tu yang salah (Myvi). Brek dia gila makan duh berbanding kereta kancil. Tekan sikit dah stop. Sebab tu ibu aku selalu hampir tercium dashboard HIHIHI =D Tapi rasa okay kot, ni kan kali kedua aku bawak? =D

Comment ibu, "Alhamdulillah takda sakit jantung, kalau ada, mau jalan ibu ni. Dah lepas ni kalau nak belajar, pergi class!"




















Okay.

p/s : Aku rasa aku takda bakat lah bawak kereta TSKKKK

15 March 2011

fuih, hanya mimpi

Malam tadi aku mimpi Khairul Fahmi bawak aku jalan jalan pergi shopping =D



Dia bawak aku pergi makan (kat restoran mahal okay, siap ada candle light dinner lagi). Dia bawak pergi aku pergi beli baju. Dia bawak aku pergi tengok wayang. Dia bawak aku pergi 'Bibah Jewel'. Okay, yang  Bibah jewel tu tipu. Marah pulak awek dia kang. Hehehe :P Macam macam lah yang kitorang buat dan pergi. Ceh. Tapi aku pelik ah, kenapa time aku mimpi tu aku macam tak berapa nak.. Erm, "fuyoo fuyoo! Aku date dengan Khairul Fahmi! Aku nak bergambar aku nak autograph aku nak  . . . . . !" Kenapa aku macam cool gila? (Omjayy!) Kenapa aku macam ek elleh aku dah biasa kawan dengan artis (geli gila). Kenapa kenapa?! Sebab itu hanya mimpi kau jangan nak gelabah lah epa!

Tapi seriously, bila aku bangun, aku takde lah excited mana. Hmph! I was like,

"Khairul Fahmi? Kenapa bukan Enrique Iglesias? Kenapa bukan Lee Dong Wok?"

"Oi kenapa semuanya mesti import? Ni lah manusia tak sedar diri. Supportlah sikit barangan tempatan."

Lol. Okay takde kaitan lagi hahaha! Ni lah padahnya tidur tak terlupa baca doa. Tapi kalau malam ni pun kan, KALAU EH KALAU, kalau lupa baca doa, aku harap harap lah dapat mimpi Lee Dong Wook pulak. Kalau mimpi mamat yang ni, mesti tidur aku agak bermakna sikit LOL. Kalau tak sampai ke Habib Jewel ke, Rafflesia ke, Emas Cap Pinang pun jadi lah ehh ehh HAHAHAHAHA :P

Tiba - tiba,

"Kenapa tak minta nak mimpi Rasullah SAW?"

Erk! =| Hmph Insaf.
Okay, nah amik ni doa sebelum tidur. Pergi hafal baca sebelum kau tidur.

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Al-Mulk sekali jangan lupa. Takkanlah aku nak letak sekali surah Al-Mulk kat sini. Mengada betul.

By the way, toksah puji puji aku. Aku tahu dah aku baik. Tahu. Jangan puji. Malu

12 March 2011

sucks

I cant stop thinking about Japan. Ya Allah. Sedihnya. How bout Nina? Harap dia selamat.
Dalam beberapa saat sahaja, hampir semuanya musnah. Hampir 1000 orang terbunuh. Angka yang cukup besar.

Gang, lets pray. Semoga our friends out there stay safe and dilindungi-Nya. Amin amin.
Nina. i hope you and your family are in good condition. Cant wait for the next video of Nina LOL



11 March 2011

Amaran

Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan.

Guys, please jauhkan diri anda dengan pantai.
I love you guys because of Allah. Take care,