28 February 2012

I MISS YOU SO MUCH!

Assalamualaikum! Hi.

Just nak share perasaan rinduww kiteww dekat seorang budak ni. Oh seriously, i miss her so much. Yes her. Perempuan ye bukan lelaki. Haha. I never meet her. But, i meet her everyday through her videos. Her papa uploaded her videos since dia baby sampai lah dia umur 6 years old. Or 7? She's very cute and adorable kid. Thumbs up kat parents dia sebab berjaya didik dia dengan begitu baik! Subhanallah!

Dulu almost everyday bukak video dia. Her videos were very cheerish and comel! ^^ Her parents inspired me nak didik anak macam ni jugak! Hahahaha boleh tak macam tu.. ;P

But now dah tak boleh tengok dia lagi. Because her parents risau dengan kefamousan dia. Ye lah, she's just too adorable lah! Siapa yang tak terpikat? Haih. Tapi, mungkin itu yang terbaik kan? :) I just pray the best for you my little sister. Be a nice girl okay sayang? Oh i really really love you Nina. And miss you T_T













p/s: Ahh, seriously, sekarang mudah sangat jatuh sayang dengan babies/kids. Adakah ini petanda suruh kahwin awal? Err hahahahaha!!

06 February 2012

Indahnya menutup aurat! ^^

Assalamualaikum.
*Entri ini sangat panjang. Perlukan kesabaran.*

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzab:59)


Aku start memakai tudung secara cuba-cuba sejak berumur 12 tahun. Ya. Secara cuba-cuba. On Off. Tak malu untuk aku mengaku, aku memakai tudung kerana 'segan' bertemu rakan-rakan apabila keluar. Kawan-kawan sekolah rendah sering memperlekeh dan memperli jikalau melihat rakannya tidak menutup aurat. Sebab itu aku memakai tudung, mungkin.

Masuk sekolah menengah, aku masih mengamalkan prinsip on off tudung. Yang mana sekejap tudung dipakai, sekejap tudung dibuka. Apabila berada diluar kawasan, seperti melancong, aku akan membuka tudung. Dahulu, aku sering terfikir, 'Ah, betapa cantiknya aku apabila tidak mengenakan tudung.' (Orang selalu puji muka aku macam orang korea, hmm ;PP) Berkawan pula dengan rakan-rakan yang berfikiran terbuka. Lagilah umphh~ Ibu aku pula jenis yang tidak kisah. Bagi beliau, aku sudah besar untuk berfikir yang mana baik, yang mana buruk. Lagilah aku naik tocang.

Pernah sekali apabila aku berada 'diluar kawasan', sedang bersiap-siap untuk keluar dari hotel untuk menjalankan aktiviti sebagai pelancong, aku keluar terus dari bilik hotel without wearing tudung. Abang aku terus menjerkah, "Mana tudung kau?!" Dengan mata yang sangat .. menakutkan mungkin. Tapi, well pemikiran aku pada masa itu, like, 'This is fashion dude, aku dah besar lah.' Aku tak cakap, cuma didalam hati. Ayah aku cuma menjeling tidak berkata apa apa. Mungkin dia juga berfikiran, aku sudah cukup besar untuk berfikir. Abang aku hanya memandang dengan penuh tajam. Tapi, jiwa remaja aku peduli apa? Haha. Aku terus keluar tanpa memandang abang aku. Itu kisah dahulu zaman baru bergelar remaja memberontak ;P

Sejujurnya, aku betul betul menutup aurat, menutup rambut aku, pada usia 17tahun. Which means last year.
Pada bulan Ramadhan. Alhamdulillah berkat Ramadhan. Maksud disini, aku mula menutup aurat rambut apabila berhadapan bersama saudara-saudara lelaki (cousin), dan pakcik pakcik. Bukankah kita boleh berkahwin dengan sepupu kita? Apabila kita boleh berkahwin dengan seseorang, maka, wajib untuk kita untuk menutup aurat.

Aku kira, perkara inilah yang paling mencabar bagi aku. Kerana aku bukan datang daripada keluarga yang alim. Lagi pula, memikirkan dimana perlu tidur apabila pulang ke kampung kerana perlu menutup aurat. (Kitaorang saudara mara tidur bersama dihadapan tv). Fikir jugak macam mana penerimaan pakcik makcik apabila melihat aku sentiasa bertudung didalam rumah. Sedangkan mereka sesama sendiri juga tidak menggunakan tudung. Semua itu cukup merunsingkan aku.

Aku sering bertanya kawan-kawan, adakah mereka bertudung apabila mereka pulang ke kampung. Some of them said yes. Aku bertanya bagaimana mereka memulakannya.

"Pakai je lah tudung, inshaAllah mereka faham. Takkanlah mereka tak faham. Ini kan aurat."

"Saya pakai tudung sebab tengok adik saya dengan beraninya memakai tudung. Dia tak kisah orang cakap apa. Memang pada mulanya macam susah. Tapi kalau makcik-makcik tanya, umi tolong jawabkan.Lama-lama dorang fahamlah."

Aku banyak bertanya kepada kawan-kawan. Alhamdulillah mereka sangat menyokong dan menggalakkan. Mereka sering memberi nasihat dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Terus aku mendapat semangat. Aku memberitahu ibu bahawa nanti apabila pulang ke kampung, aku ingin memakai tudung.

Ibu : Aik selama ni balik kampung tak pakai tudung ke?
Aku : No. What I mean is, pakai tudung sepanjang masa.

Ibu aku hanya diam. Orang tua-tua bilang diam tandanya setuju hehe! Okay. No joke. So, apabila percubaan pertama aku memakai tudung di kampung, seperti yang kujangkakan. Memang ramai yang bertanya. Ada jugak yang menyuruh aku membukanya kerana pelik melihat ada orang mengenakan tudung didalam rumah. Aku hanya diam tersenyum. Dalam hati bolak balik, buka? Tak buka? Haih. Alhamdulillah, dalam hati tengah ragu ragu itu juga, akhirnya sampai ke malam aku berjaya mengenakan tudung. Malam itu, Allah permudahkan aku. Ibu menyuruh aku tidur dibiliknya :) Bangun pagi pagi untuk solat subuh, aku mengenakan tudung untuk keluar ke bilik, makcik aku terkejut dan bertanya kenapa memakai tudung? Alhamdulillah Allah menolong aku, Maksu aku, yang juga seorang guru menjawabkan untukku. Gembira.

Sejak hari itu, aku berazam, aku mahu menjaga aurat aku. Aku sudah terasa begitu istimewa apabila kita menutup aurat. Tapi, aurat kita bukan hanya menutup rambut sahaja kan? Kaki juga adalah aurat. Yang hanya boleh diperlihatkan ialah muka dan kedua tapak tangan. Dan bagi aku yang jahil ini, selalu berfikir, macam mana nak menutup kaki? Kalau tutup kaki, tak boleh lah pakai selipar. Selipar dah lah baru beli? Yes. Banyak alasan. Namun macam biasa, kawan-kawan selalu bagi sokongan. Alhamdulillah. Lagi sekali aku tekad. Pada permulaan, aku membeli stokin yang berwarni-warni. Lama kelamaan aku menjadi semakin matang *uhuk uhuk*. :P Dan kini, sudah menjadi satu kemestian, keluar rumah menggunakan stokin. Alhamdulillah. Allah permudahkan jugak :)

Sekarang, aku sedaya upaya menjaga aurat aku daripada dilihat oleh lelaki ajnabi. Bagi aku, kecantikkan aku hanya boleh dilihat oleh suami aku *hihihihi* dan mahram. Baru aku faham, kenapa orang yang tidak menutup aurat itu selalu dipuji, dipuja. Betul, wanita lebih lawa apabila tidak menutup aurat, kerana wanita sememangnya cantik. Wanita itu unik. Sebab itulah kecantikkan itu perlu disembunyikan dengan menutup aurat. Kecantikkan itu hanya untuk orang orang tertentu sahaja. Bukankah itu lebih puas, dan lebih indah? Rasa macam misteri je kan menutup aurat, sebab orang akan tertanya tanya macam mana eh rupa dia kalau tak pakai tudung? Lawa ke, hodoh ke? Surpriseeee! Haha. Rasa selamat pun ye jugak. Kerana lelaki liar tidak akan menganggu orang yang menutup aurat dengan sempurna inshaAllah.

Menutup aurat itu satu kewajiban. Pada mulanya hati aku mengeluh, ah beratnya, susahnya. Namun, bila dah lama-lama, inshaAllah ia akan menjadi sangat mudah. Malah pasti akan terasa hikmahnya! Aku rasa seperti tudung dan pakaian aku memeluk aku apabila aku menutup aurat! Okay ini hiperbola haha! :)

Aku menutup aurat kerana Allah. Kerana aku ingin patuh kepada suruhanNya. Aku ngeri membaca ini.

Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.

*Wa tak sanggup wa cakap lu. Lu ada berani ka? *Angkat kening. Mohon dijauhkan eh!! Nauzubillah.

Aku menutup aurat kerana ingin menunjukkan identiti aku sebagai seorang islam, yakni muslimah! :P
Doakan aku supaya aku sentiasa istiqamah dalam menutup aurat! InshaAllah.





p/s : Aku semakin teruja untuk menjaga aurat apabila terbaca kisah Wardina. Suaminya melarang perompak daripada mendekati atau menyentuh (Aku pun dah lupa) Wardina kerana Wardina tidak bertudung! SubhanaAllah!! ^______^

p/s/s : Kalau bertanya kepada lelaki, perempuan yang macam mana yang mereka ingin kahwini, mereka pasti menjawab, wanita solehah, kerana mereka inginkan anak-anak mereka dididik dengan baik. Kalau girlfriend tak solehah takpe. Isteri mesti solehah. Fikirkan.