30 March 2012

Cinta memang dasyat.

Assalamualaikum.


Scene 1.

Mamat : Baby, baby sayang hubby tak?
Minah : Of coz lah sayang. Lebiu lebiu lebiu so much hikhikhikhik.
Mamat : Betul ke sayang? Tak percayalah.
Minah : Apa ni, namo namo namo. Namo cakap macam tu.. Baby cayang hubby ketat-ketat!
Mamat : Kalau macam tu, kita kawin nak babyyyy?
Minah : Kawin? Yayy suka suka suka! Kita kawin eh bie! Hihihihi *tepuk tangan

Scene 2.

Minah : Bapak, kasilah minah kawin dengan mamat bapak.
Bapak : Aku bilang tak boleh, tak boleh lah! Kau budak sekolah lagi!
Minah : Kasi lah minah kawin. Minah nak kawin! Minah nak kawin! Minah cintakan mamat bapak! Minah tak boleh hidup tanpa mamat bapak! Dia umpama oxygen buat minah! *hentak kaki
Bapak : Aku cakap tak boleh, tak bolehlah! Sudah! Pergi masuk bilik!
Minah : Sampai hati bapak tak kasi minah kawin dengan Mamat, minah cintakan dia bapak.....


Scene 3.

Bapak : Polis. Anak saya dah 3 hari tak balik rumah. Tolonglah polis.
Polis : Ye encik bapak. Sabar. Kami tengah berusaha mencari minah ni. Encik rasa minah lari rumah atau kena culik? Encik Bapak ade musuh?
Bapak : Saya tak rasa Minah lari rumah. Agaknya kena culik kot. Saya kan jutawan.
Polis : Baiklah. Kami akan cuba carik minah. Encik Bapak bawak sabar dan doa banyak-banyak.

Scene 4.

Minah : Bapak! Batalkan report polis. Minah bukan kena culik. Minah lari kawin dengan mamat. Bapak jangan carik Minah lagi. Minah sudah temui kebahagian.
Bapak : Minah anakku sayang. Come home baby. Please come back to bapak. Jangan buat bapak macam ni minah.
Minah : Sudahlah bapak. Minah sudah jadi isteri orang. Mamat tak izinkan minah balik. Minah kena dengar cakap mamat bapak. Berdosa minah lawan cakap suami.
Bapak : Oh minah anak bapak . . . .

Scene 5.

Minah : Bapak... Minah pulang. Tskkk.
Bapak : Kenapa kau balik?! Mana suami kau?!
Minah : Mamat tipu minah bapak. Dia tak cintakan minah dahhhhhh! Dia cakap kalau minah boleh tinggalkan bapak yang jaga minah sejak kecil, Minah tentu boleh tinggalkan dia jugak.
Bapak : Itulah kau. Aku ni bapak kau. Sudah makan banyak garam. Sekilas ikan dalam air, aku dah tahu jenis apa. Mamat itu jenis yang takde kualiti!
Minah : Maafkan minah bapak wuu wuu wuu.
Bapak : Malu aku dengan orang kampung. Semua mengata aku tak pandai jaga anak minah.
Minah : Minah sudah insaf bapak! Minah mahu mulakan hidup baru dengan anak-anak Minah.
Bapak : Baguslah kau sudah insaf. Takpalah Minah. Jangan dikenang benda yang dah lepas. Kau balik dengan anak-anak kau ni pun, bapak dah bersyukur. Sekurang-kurangnya bapak tahu kau waras tidak buang anak.


********


Beginilah situasi yang terjadi sekarang. Walau macam mana teruk pun kita, walau macam mana marah pun ibu bapa pada kita, mereka tetap akan terima kita walaupun kita dah banyak lukakan hati mereka.

Cinta memang dasyat. Orang kata, cinta tu buta. Betul. Aku setuju. Sebab terlalu asyik bercinta, orang jadi buta. Buta akal. Tidak tahu fikir mana yang baik, mana yang buruk.


Aku teringat satu ayat drama kat tv,

"Aku terpaksa memutuskan hubungan aku dengan kau, kerana keluarga aku tidak setuju dengan hubungan kita. Aku terpaksa noktahkan hubungan ini. Kerana aku sedar, kesakitan yang dialami oleh ibu aku semasa melahirkan aku lebih sakit daripada kesakitan akibat putus cinta."

28 March 2012

Katak ohh katak gemuk

Assalamualaikum

Sometimes, bila sudah bosan, aku tak dapat nak halang jari jemari runcing aku daripada mencari benda-benda yang ntahpape. Macam ni lah jadinya.



Aku tak jerit pun time katak tu melompat. Ehem.
Tak macho kalau jerit.
*Mata pandang atas*


By the way, kalau kau perasan, katak ni lawa kan? Skin dia tak menggerutu and full with ketuat. Haha selamber je cakap ketuat. Hm. Mungkin sebab katak ni dibela, and owner dia basuh dia dengan sabun johnson. Lepaskanlah~ *suara lembut*

Euwww.

27 March 2012

Subhanallah. Semoga kita terselamat!

22 March 2012

Assalamualaikum.

Result SPM sudah keluar. Macam mana result kalian? Mesti hebat. Tahniah ya <3
Mine was okay. Alhamdulillah. Allah sudah bagi yang terbaik. Bersyukur.

Buat mereka yang tidak mendapat straight A's seperti saya, jangan risau, jangan sedih, okay? Pasti terselit hikmah. Tapi tipulah kalau tak frust menonggeng kan? Memang menonggeng habis lah lepas dapat result tu. Hehehe! Sebab lain yang ditarget, lain pula yang dapat. Tapi apa-apa pun, alhamdulillah.

Bagi kawan-kawan yang mungkin sedikit bersedih dengan keputusan itu, bersabarlah. Cheer up! Cuba fikir, pasti ada hikmah atas apa yang berlaku. Mari fikir. Kenapa Allah tidak izinkan kita mendapat kejayaan seperti yang diidamkan? Kerana apa? Because Allah knows best. Mungkin Allah tidak izinkan kerana Dia tahu kita akan bermegah dengan kejayaan itu (Baik kan Allah, dia menjaga kita daripada melakukan dosa riak). Mungkin juga Allah tahu apabila kita sudah beroleh kejayaan, kelak kita akan bermalasan. Mungkin juga, Allah sedang merancang yang terbaik, TERBAIK buat kita. Dan, mungkin juga Allah sedang rinduuu pada kita. *smiling* Allah rindu . . . untuk mendengar rintihan, aduan dan harapan kita, sebagai hamba kepadaNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Aku teringat satu article yang pernah aku baca. Allah berkata kepada malaikat. Timpakanlah ujian buat si dia. Kerana sesungguhnya, Aku rindu kepadanya. (Wallahualam)

Subhanallah.

Kita kena ingat, Allah tidak akan timpakan ujian kalau hamba dia tak kuat untuk hadapinya. That means, you, and i are strong. Kita semua ni kuat. Lagi kuat daripada orang yang dapat straight A's tu. Kenapa? Sebab kita ni terpilih untuk menjalani ujian ini. Kerana kita juga kuat, untuk menghadapi ujian ini. Ingat, Allah timpakan ujian kepada hamba-hambaNya berdasarkan kekuatan masing-masing. Mungkin kita tidak perasan kekuatan kita, so, muhasabah lah. Tak perlu nak jealous dengan orang yang dapat straight A's itu. Sebab mereka tak kuat macam kita! Haha okay ini ayat orang jealous. Too obvious :) Maaf ya. Korang cemerlang sebab korang layak. *Smiling*

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]

"Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim, 7)

Apa-apa pun, result yang kita terima itu adalah yang terbaik! Sesungguhnya itulah yang terbaik buat kita. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bersyukur tau? Yang penting, niat mesti kerana Allah SWT. Bak kata kawan aku, jangan merungut. Kalau merungut, bermakna kau sedang merungut dengan Allah. Berani? Tak kan.. Hehe! La tahzan :)

Lagi satu, jangan pernah peduli dengan apa kata orang. Mungkin kita sebenarnya tertekan dengan perbuatan mahupun perkataan orang. Sejujurnya, aku juga tertekan kerana dikelilingi dengan orang-orang yang sangat awesome. Kalau ikutkan, result aku sebenarnya dah boleh buat aku tarik nafas lega. Bersyukur kan? Ecececeh! :p Don’t compare your life to others. You have no idea what their JOURNEY is all about. Let them talk. Then put a smile. Because after all I know, ALLAH KNOWS BEST. Mulut orang kita tak boleh tutup. Gerak geri orang juga kita tak boleh ikat.

"Saya gagal beberapa subjek dalam peperiksaan, rakan saya lulus semua peperiksaan, sekarang mereka adalah jurutera di microsoft, dan saya adalah pemilik microsoft. " - Bill Gates. Allah dah tentukan rezeki masing-masing. Berbaik sangkalah dengan Allah okay? Please.

Lagi pula, jangan terlalu sibuk menangisi masa depan duniawi! Akhirat kita bagaimana? Lebih indah kalau kita menangisi masa depan akhirat kita kan? Jangan berjaya di dunia, tetapi di padang mahsyar nanti gagal. Nauzubillah. Biarlah kedua-duanya seimbang inshaAllah.


Tak perlu menjadi sempurna untuk menjadi berguna, tetapi jadilah insan yang BERGUNA untuk menjadi lebih sempurna!

Maaf ya. Banyak pulak bebel. Hehe. Betulkan aku kalau aku salah cakap. Maklumlah, budak baru nak belajar. Hehe! May Allah bless us. Ameen.


Credit to :
Farah Lee - Awesome quotes.
Amirul Muqri - Peringatan awesome


18 March 2012

Alhamdulillah!

Assalamualaikum! ^__^

Cubaan kali pertama buat apam polka dot menjadi! YAYYYYYYYYYYY!
Alhamdulillah!


Rupa agak comot, well. First time kan? Ececeh. Hehe!!




Filling : Blueberry.
Aku try letak nutella juga. But, it tasted different. Kurang sedap. Adik aku pun prefer blueberry.


Lepas ni boleh try recipe lain pulak. What about


RED VELVET?

InshaAllah. Kalau aku rajin =P

17 March 2012

Kalaulah dosa itu berbau, pasti tidak ade orang mahu dekat.

Assalamualaikum.
**5  Days to go Eceh. Haha**

Baiklah.
Di Facebook,

Aku sentiasa tertarik dengan kata-kata (status) Hilal Asyraf.
Segar dan penuh dengan peringatan.
Bahasanya juga mudah faham. Dan teratur.

 
Saya sentiasa nampak dosa itu seperti 'najis'.
Bila wujud, kita takkan berdiam diri.
Mesti cepat-cepat mahu cuci.

Saya sentiasa nampak dosa itu seperti gunung yang menghempap,
Bila wujud, kita tidak akan diam menanti,
mesti cepat-cepat mahu selamatkan diri.

--------------------------

Teringat satu ketika ketika saya tahun 1 di University of Yarmouk, belajar dengan Sheikh Dr Asyraf Bani Kinanah. Dia menerangkan berkenaan dosa, seakan-akan buruknya dosa itu hingga tiada perkara yang kecil.

Seorang pelajar bertanya:
"Wahai doktor, jadi di manakah dosa-dosa kecil?"

Dr Asyraf mejawab:
"Dosa apakah yang boleh dianggap kecil?"

Saya masih ingat macam mana saya tersentak ketika itu. Begitulah sepatutnya kita memandang dosa.
 
 
  -By Hilal Asyraf-
 
 
Sorry if selalu sangat re-post ilmu daripada Facebook.
Benda baik kan perlu dikongsi? Hehehehehehe!! =P
Peace yaw wee!
 

15 March 2012

Aku seram bila dengar ni.

So aku nak korang pun seram sama! =P

Assalamualaikum.

Bismillahir rahmanir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,
dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “Laa ilaa ha illallah Muhammadur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar,
dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu
supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassalamu alalmursalin, walhamdulillahi rabbil alamin.

13 March 2012

33 kali dalam masa less than 2 minutes!

Assalamualaikum =P


Rasulullah memberitahu “Hendakkah engkau wahai anakandaku, sekiranya aku beritahumu suatu perkara yang terlebih berat, berharga dan bermakna daripada dunia ini dan segala isi kandungannya?”. Kerana kekayaan Qarun itupun tidaklah sehebat mana kalau nak dibadingkan dengan bumi dengan segala isinya “Tentu sekali” jawab Fatimah ra. “Engkau bertasbih (ucapan Subhanallah) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang, bertahmid (ucapan alHamdulillah) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang, dan bertakbir (ucapan Allahu akbar) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang” [rujuk sahih bukhari].



33 kali?
Banyaknya.

Pernah fikir macam tu tak? Tak pernah? Hebat! Iman anda mantap. Teruskan.
Yang fikir, bukan nak cakap iman kau tak mantap, cuma kurang sikit (cover cover sebab diri sendiri buat).

Orang selalu pesan, lepas solat, lapangkan diri, berzikir. Ye, tahu. Tapi bila disuruh zikir sampai 33 kali for alhamdulillah, Allahuakhbar, Subhanallah, rasa macam sedikit .. . .  ehem, malas. Paling banyak pun 7 kali. Paling rajin ni. Kalau tidak, lepas solat just baca al-fatihah for our Rasullah and parents, baca ayat kursi, doa ibubapa, dan doa mmm (tak tahu apa nama dia hehe =P). Malas kan? ><' Astafirullah hmmmmm


*  *  *  *  *  *  *  *  *  *
Dari Abu Umamah Radhiallahu ‘Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesiapa membaca ayat Kursi pada setiap selesai solat wajib, maka tidak akan ada yang mencegahnya untuk masuk syurga, kecuali kematian.” (HR. An Nasa’i)
*  *  *  *  *  *  *  *  *  *


Enough cerita pasal kemalasan diri. Memalukan sungguh. Jangan ikut haaa *cekak pinggang*

Pernah sekali time hang out dengan kawan-kawan. Waktu solat asar sudah masuk. Kami pun bergerak ke surau =P Hm. So solat sendiri sendiri. Sebelah aku, seorang wanita arab sedang khusyuk menunaikan solat. So fine lah. Aku pun solat. Habis solat semua, aku pandang dia. Aku tengok wanita arab ni sedang khusyuk main dengan jari dia. Blur wei blur. Lepas solat main dengan jari? Apa kes. Haha. Lama jugaklah aku jeling-jeling dia. Malu nak pandang terus hehehehe!! Dalam hati fikir, mesti ada something ni. Niat mahu tanya. Tapi dalam mulut aku kan ada emas!! Haih :/ Last-last aku buat conclusion, mazhab lain-lain. Ceh conclusion budak malas fikir.

So cerita habis kat situ je! =P
Tak terasa nak tanya kat orang alim kenapa dia habis solat main jari. Tak. Aku memang bodoh sombong.


So nak dijadikan cerita, tadi aku online facebook.
Macam biasa, aku kan stalker hehe. Pergi la singgah wall sorang-sorang, baca status. Kalau malas sangat, pergi home. Amik kau, semua ada. So, aku tiba-tiba tertarik dengan satu gambar. Gambar tangan. At first, macam apa ni? Lantok ler. Tapi bila bosan semua status aku dah baca, aku pergi balik kat gambar tadi. (Okay jalan cerita lambat! Lek lu lek lu =D)

Aku baca dan fahamkan gambar itu.



Ooooooooooooooooo.
Persoalan aku terjawab kenapa wanita arab tu main jari dia.
Bukan sebab dia nak urut jari dia or exercise jari.
Tapi sebab zikir.
 So.... Okay!

Aku cuba.


Eh tak sampai 2 minit eh nak zikir?

:')

Moga Allah permudahkan ameen.

10 March 2012

Kita semua bersalah toink!


Assalamualaikum =P
Di ruang sidang pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak tuntutan jaks...a PU terhadap seorang nenek yang dituduh mencuri singkong. Nenek itu berdalih bahwa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun seorang laki yang merupakan manager dari PT yang memiliki perkebunan singkong tersebut tetap pada tuntutannya, dengan alasan agar menjadi contoh bagi warga lainnya.

Hakim menghela nafas. Dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tak dapat membuat pengecualian hukum, hukum tetap hukum, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2,5 tahun, seperti tuntutan jaksa PU”.

Nenek itu tertunduk lesu, hatinya remuk redam. Namun tiba-tiba hakim mencapai topi toganya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan uang Rp 1 juta ke topi toganya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang sidang.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada tiap orang yang hadir di ruang sidang ini, sebesar Rp 50 ribu, karena menetap di kota ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sampai harus mencuri untuk memberi makan cucunya.

"Saudara panitera, tolong kumpulkan dendanya dalam topi toga saya ini lalu berikan semua hasilnya kepada terdakwa.”

Sebelum palu diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan uang sebanyak Rp 3,5 juta dan sebagian telah dibayarkan kepanitera pengadilan untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah penuh kebahagian dan haru dengan membawa sisa uang termasuk uang Rp 50 ribu yang dibayarkan oleh manajer PT yang menuntutnya.
Sumber : Facebook.


"It doesn't matter the people don't notice the good that you do. What matters is that Allah notices it."

01 March 2012

Susah rupanya mahu menjadi seorang sahabat ni




Sahabat itu untuk saya mahal.
Kerana itu jika dia terjun ke dalam neraka,
saya sanggup terjun juga untuk mengambilnya semula.

By Hilal Asyraf




Aku terkesan dengan ayat diatas. Begitu mendalam erti sahabat buat Hilal Asyraf ya? Untung siapa dapat menjadi kawan.

Aku terfikir juga, bolehkah aku menjadi kawan dalam erti sebenar? Kawan yang sanggup terjun ke dalam neraka untuk mengambil kawannya? Dan memimpin kawan itu masuk kedalam Syurga? Bolehkah? Atau hanya membiarkan sahaja kawan itu terus berada didalam Neraka?

Aku pun tidak tahu untuk berkata apa.
Hanya kawan aku sahaja yang boleh memberitahu.

Mungkin aku hanya terdiri daripada golongan yang menghulurkan tangan buat kawan yang terjatuh? *Sedapkan hati*

Atau

Kawan aku yang akan menghulurkan bantuan buat diri aku?
Entahlah. No answer for that.


Kawan-kawan tersayang.
Saya sangat bersyukur kerana Allah pertemukan kita dalam dunia sementara ini. I feel blessed. Saya bersyukur kerana Allah temukan saya dengan orang-orang yang terbaik. Mereka yang tidak jemu menasihati saya agar menjadi yang terbaik. Apa yang boleh Epa balas untuk budi kamu semua? *I takda duit hehe kedekut gila* 

Semoga Allah temukan kita di Jannah juga. InshaAllah.




Kawan dibaratkan sebagai Bulan (Aku tak cakap muka kau berkawah wei!!), walaupun jauh, dia tetap dapat menerangi hidup aku yang suram.

Errr...

**Ala macam kau dalam hutan, kan gelap? Lepas tu ada bulan, terang lah sikit kan? Haa macam tu lah maksud aku! Haha rasa awkward sebab baru tulis ayat bunga-bunga o.o**




Sahabat yang baik itu adalah yang apabila engkau bersamanya,
engkau mengingati Allah SWT.


Take care of your iman wa aqidah.
Lots of love.