11 April 2011

Sorry tersilap!

Ibu suruh ayah aku pergi belikan ubat dia kat farmasi lepas hantar aku pergi tuition. On the way tu, ayah aku tanya aku.

Ayah : Ibu suruh beli apa tadi?
Aku : Ubat apa ntah. Haa jap jap akak baru topup akak msg ayah eh nama ubat tu?
Ayah : Okay.

Aku pun hantar msg. Okay selesai.

*****

Balik tuition ibu aku bising.

Ibu : Kakak bagitau ayah suruh beli apa?
Aku : Ubat ibu lah?
Ibu : Yelah nama apa?
Aku : Nikotin?

*Bising bunyi gelak abang + cousin + ibu + adik

Ibu : Tahu tak nikotin tu apa?
Cousin : Wei nikotin tu isi rokok lah! Hahah sengal gila. Apa lah nikotin
Aku : Ha?! eh eh eh hehehehehe xD Habis tu nama sebenar ubat tu apa?
Ibu : Trikodem (something like that lah i cant remember hehe) Kesian ayah. Malu dia kat orang farmasi tu. Orang tu cakap, 'encik nak ubat berhenti merokok ke?' Pandai pandai je nak ubah nama ubat. Ayah balik balik je ayah terus tido. Kesian ayah malu. Tak pernah pernah tidur awal.

Hehehehe sorry. Patutlah ayah aku taknak ambil aku time tuition tadi. Dia suruh abang amik. Hehehehe ayah marah ke? HAHAHAHAH so sorry. Kite manusia biasa tak lepas daripada buat salah haha peaceee!



This is NIKOTIN

Nasib baik orang farmasi tu pandai. Kalau dia bagi nikotin. Pergh habislah

Tapi aku tetap bersyukur. Aku bersyukur aku just cakap nikotin. Kau bayangkan lah kalau aku cakap nama ubat pencegah kehamilan ke? Dan yang sewaktu dengannya. Tak ke mampus?! o.o

Pengajaran : Lain kali dengar betul betul

02 April 2011

lets talk about hijab

VIDEO I


VIDEO II

One more video, please click here. Very interesting video of muslim women.
Video cant be placed here sebab tak jumpa code T_T

******

peringatan kepada diri sendiri (sebab diri sendiri pun masih tak sempurna dalam menutup aurat ><) & kawankawan.

Wanita mempunyai batas aurat tertentu mengikut situasi yang dihadapinya. Antaranya ialah seperti berikut:

a) Ketika solat – seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
b) Di hadapan wanita kafir dan wanita Islam yang fasiq atau rosak akhlak – seluruh anggota kecuali kepala, muka, leher, dua tapak tangan hingga ke siku dan dua tapak kaki.
c) Di hadapan lelaki yang bukan mahram – seluruh tubuh tanpa pengecualian menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab syafie’.



ALLAH berfirman dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nur:31). Juga firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-ank perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nur:59).



For more, pergilah ke blog ni http://drdakwahremaja.wordpress.com/. Special untuk remaja ceewahh! :P
By the way, kau tak pelik ke kenapa tiba tiba aku cakap pasal hijab aurat semua ni? Pelik tak?

OKAY TAK PELIK ITS NORMAL ACT.
EEE EPA POYO AH  =.=' MENYAMPAH TAUU