27 December 2011

Assalamualaikum =)







TARGET : HABISKAN SEMUA BUKU BUKU NI DALAM MASA 2 WEEKS


Beli rajin, baca malas.

Aku rasa aku dah tertukar perangai dengan mak aku lah. Dulu satu buku boleh habis dalam masa dua hari. Sikalang, satu buku amik masa sampai tujuh hali woo (Dengan syarat bilangan pages less than 150).

HAAAAAAAAAAAAAA!!

Sekarang aku kurang minat dengan novel melayu yang berunsurkan 'cinta'. Aku rasa novel melayu ni buat aku rasa ditipu, tertipu. Yela, bayangkan, firstly, semua hero dengan heroin dia mesti handsome mesti cantik. Yang lelaki mesti kaya gila. CEO lah, pengarah syarikat lah. Cis. Kenapa bukan lelaki itu kerjanya sebagai petani, pesawah tapi rupa dia handsome gila macam Lee Donghae? Ada tak novel macam tu? Ke aku yang tak pandai carik? Hehe. Heroin takde masalah kot sebab banyak je aku jumpa heroin yang kurang ilmu, tidak berharta dan yang sewaktu dengannya :P

 Lepas tu sekarang trend cerita, kawin paksa duduk satu rumah lama lama jatuh hati and at the end semua orang happy. Tapi tak semualah. Then, aku tengok novel sekarang kebanyakkannya dia cerita pasal maid yang falling in love dengan boss. Bukan tak best. Best. Penulis pandai mengolah sampai dia jadi sangat lawak and best. Cuma bagi aku, cerita macam ni terlalu banyak. Sampai aku pun rasa nak tukar cita-cita menjadi maid. Bukan apa, aku risau sebab sekarang budak budak kecik pun pandai dah macam novel (Ececeh, gelinya). Lets imagine this situation happen.

Cikgu : Abu, apa cita cita kamu?
Abu : Polis cikgu!
Cikgu : Bagus! Siti, apa pula cita cita kamu?
Siti : Saya nak jadi orang gaji cikgu!


Hahahahahaha! Tapi aku rasa perkara ini tak mungkin berlaku InsyaAllah :)

Tapi yelah, inikan novel. Cerita direka mengikut apa yang orang nak baca. Kenalah put something yang menarik kan? Cuma aku je yang banyak songeh. Dushhh! Hmph!

Aku selalu fikir, kalau hero dia macam Bebop, heroin pulak macam Xena. Agak agak dapat bestseller tak? Hehe.


Bebop - Dihujung bahagian kanan
(Aku tak cakap lelaki yang berjerawat itu tak handsome. Tak tak! Ini kes lain, Ini kes Bebop.)



Xena - Dua dari kiri
(Aku tak cakap perempuan yang macam xena itu tak cantik. Tak tak! Ini kes lain, Ini kes Xena.)


Tapi kan, kalau ada hero and heroin macam yang digambarkan diatas, aku rasa aku pun fikir dua kali kot kalau nak beli novel tu. Hahahahaha!! Yela aku beli novel sebab nak release tension. Kalau makin nak 'menensionkan' aku, baik tak yah! =P




But kalau cerita dia menarik, why not kan? ;)

25 December 2011

Assalamualaikum ;)


2 Tahun bersama dalam satu class sudah cukup untuk jadikan kita semua sebagai satu keluarga. Ragam kau orang semua sudah aku hafal. Kentut setiap seorang pun aku dah tahu baunya. (Haha okay ini tipu yucks! =P) Mungkin kita tak serapat macam budak budak kat asrama yang almost 24 hours berjumpa, tapi kita juga ada kelebihan tersendiri kan? Maka, hari ini, aku nak cuba senarai pendekkan perangai korang mengikut pemerhatian aku selama dua tahun kita berada didalam kelas yang sama. InshaAllah :)

Aku ikut turutan gambar diatas :

Aulad

Abid : Budak ni akan buat taik mata bila waktu Arab dan Sejarah tapi akan jadi active bila masuk kelas Physics.
Afham : Raja tidur. Yang hebatnya, bila berdiri pun dia boleh tidur jugak. Gaya tidurnya sangat unik sehingga menyebabkan semua orang boleh bercakap mengenainya.
Alif : Tak ada budak ni class akan menjadi super sunyi, dan janggal. Tapi kalau dia ada, jadi annoying pulak.
Aswad : Suara dia sedap! Sebab tu dia jadi budak nasyid sekolah =P
Acap Ben : Aku tak kenal sangat sebab kau senyap sangat. Hehe.
Acap Maz : Dia ni kalau gelak boleh rosak eardrum aku. Tapi kalau dia bagi pendapat, memang matang.
Acap Cit : Diam diam ubi berisi. Suka buat muka 'tak tau apa-apa' padahal . . . =P
Hazwan : Artis! Lukisan dia superb! And dia baik wink wink
Ikram : Dia baik. Aku tak rapat dengan dia so aku cakap je dia baik haha! Tapi memang dia baik pun.
Insan : Aku tak kenal sangat sebab dia budak baru. Bolehlaaa~ Haha!
Irsyad : Ulat buku.
Muadz : Partner Abid. Suka buat adegan-adegan yang tak sepatutnya semasa kelas berlangsung.
Muqri : Ketua kelas. Budak ni suka menyusahkan aku. Haha joke hihi!


Banat

Afifah : Budak ni comel gila! Paling comel kot hahahaha!!
Aisyah : Happy-go-lucky! Paling gembira time waktu Mathematics, sehingga sukar dikawal! Haha!
Amalina : Aweklina ;p Pendiam tapi kalau dalam facebook, bukan main lagi!
Azizah : Budak Bio. Tanyalah apa apa pasal bio kat dia. Confirm kau ternganga. Btw, dia rakan gosip yang terbaik :D
Hamizah : 'Ibu' dan kakak yang penyayang. Sering ingatkan aku tentang agama dan islam. Suka cara dia menegur dan mengajar! =)
Hanis : Kelam kabut dan garang yang comel. Dia marah memang takut tapi yang pastinya kalau dia matrah aku akan tergelak.
Iman : Dia ni ada bakat jadi mak andam profesional. Sentuhan dia memang berbakat, dan cara dia hafal sesuatu memang unik.
Maryam : Very consistent dalam lakukan kerja. She's the best! ;) Ada tak orang yang pegang jawatan penolong ketua kelas 4 tahun berturut-turut? She did.
Munirah : Lukisan komik dia sangat cantik! Dia pernah bagi aku satu and i love it! =)
Nadhirah : Photographer class dan sekolah. Gambar dia semua awesome. Nanti aku kawin aku nak panggil dia.
Nazifah : The best deskmate. The best soulmate ;)
Raihan : She's too kind. I miss her.
Sarah : Aku dengan dia memang tak pernah berpura. Cakap main lepas je=P
Shairah : Spontaneous. Gelagat dia sangat kelakar and dia memang kelakar sebab dia spontan. Haha!!
Wardah : Wawa pandai mengajar and dia baik =)
Zakirah : Cikgu bagi segala subject sciences untuk aku, dan cikgu k-pop aku!  =)


Segala yang aku senaraikan ni adalah sifat-sifat classmates aku yang aku kenal selama dua tahun. Walaupun perangai dorang ni kadang kadang a bit annoying, tapi trust me. Mereka tetap yang terbaik. Kalau ditawarkan classmate yang lebih handsome dan lebih awesome daripada mereka, aku tetap akan tolak dan pilih mereka jugak! (Okay yang ini aku macam was-was sikit =P)



Class Murni 10/11 menjadi super awesome sebab adanya manusia manusia yang imperfect saling menegur untuk berusaha menjadi manusia yang sentiasa diredhai-Nya.

Semoga persahabatan kita tak putus dan BILA NAK BUAT JAMUAN WEI?!

Buat kat hotel tau sebab aku nak makan sedap sedap :P

20 December 2011

Mengimbau kenangan

Assalamualaikum :)

Lagi dua minggu sesi persekolahan 2012 akan bermula. Dan yang pastinya, aku kini bukan lagi seorang pelajar sekolah. Maka, aku langsung tak excited nak ikut parents bila beli barang sekolah untuk adik-adik aku. Jealous betul aku tengok adik aku beli barangbarang sekolah. Beli pensil beli colour pensil beli pemadam eeeii! *Tapi aku tak jealous sangat lah sebab dia beli pensil kayu haha

Dulu aku ingat lagi masa kecikkecik dulu, aku tak suka pergi sekolah. Sebenarnya bukan sekolah lah, tadika. Kecikkecik lagi dah ada ciri-ciri pelajar tak cemerlang haih! Apa nak buat budakbudak tadika aku semua tak hensem -.-' Pernah suatu ketika tu (Eceh suatu ketika tau!) aku menangis dalam kereta depan tadika sebab taknak pergi sekolah. Teacher kat tadika tu punyalah pujuk aku tapi aku tetap taknak. Aku siap tarik peluk pintu kereta bagai sebab taknak pergi tadika. Aku tak berapa ingat sebab dia tapi aku rasa aku taknak pergi tadika sebab mak aku taknak belikan pemadam barbie kot. . .  *Senyap  Tapi tak bolehlah salahkan aku sebab ada seorang budak kat tadika aku tu yang show off pemadam barbie dia kat aku. Semua salah dia!! Mencemarkan aku punya memori tadika betul! HISH

Bila masuk Sekolah Rendah Kebangsaan, aku rasa perangai aku molek sikit kot. Malah aku rasa excited! Cewah! Haha tahu tak kenapa aku rasa excited masuk sekolah? Sebab nanti boleh kapur kasutttttt! Hahahahaha!! Comel kan perangai aku? =D Bila abang aku kapur kasut je, aku mesti duduk sebelah dia. Sebab rasa best tengok orang kapur kasut. Yela sebab tadika kan pakai kasut biasa biasa je, so bila tengok kasut budak sekolah, rasa macam dah besar. Rasa macam berdikari sangat bila kapur kasut sendiri. Rasa macam dah matang. HAHAHA =P Tapi percayalah, perasaan tu hanya bertahan selama beberapa bulan, lepas tu perasaan tu bertukar menjadi beban. BEBAN TAHU TAK KENE KAPUR KASUT SETIAP MINGGU? ish sampai sekarang aku tak suka kapur kasut.



-Situasi yang sering berlaku apabila anda telah mengapur kasut dan kawan anda terpijak kasut anda-

And

Perkara biasa bila kita masuk sekolah ialah kita akan belajar. Bukan sahaja belajar ABC 123 ye tapi belajar mengenal apa itu suka. (Aku taknak guna word cinta sebab aku geli). Aku tak nafikan masa aku kecikkecik dulu pun aku ada suka someone and aku jealous kalau orang rapat dengan dia bla bla bla. Benda ni normal lah wei kalau kau takda perasaan macam ni kau memang BOBOIBOY lah! HAHAHA. Lepas tu nanti main yang kira peratus 'cinta' guna nama dia dan nama kita. Pernah main tak? Contoh lah :

Melah Mion & Mamat Keladi
 Kira abjad yang sama something like that lah. Then result is ;
95%

Peratus ni kira jodoh kau dengan dia. Kalau tinggi peratus, maka jodoh korang kuat and vice versa.
Comel kan? Sekarang pun aku main lagi benda ni tapi JARANG JARANG. Alasan : Best. Contoh :

Afifah comel & Lee Donghae
101%

Jodoh aku dengan Donghae kuat! Tersangat kuat. HAHAHA! :P
Aku tertanya-tanya, budak budak sekarang ni main lagi tak benda ni?

Sebenarnya banyak kenangan aku kat sekolah rendah. Zaman dimana otak aku tak boleh berfikir dengan betul. Semua buat ikut otak dan nafsu. Bila fikir fikir rasa macam kelakarkelakarbodoh pulak. Berbeza betul dengan sekolah menengah. Orang ramai cakap zaman sekolah rendah lah yang paling best. Hmmmmm betul lah tu, best sebab takde homework. Lepas tu main je lebih. Pagi main. Rehat main. Nak balik pun main. Ush sempat tau. Pandai betul aku curik masa sebab nak main punya pasal. Hahaha! Tapi, bagi aku, sekolah menengah jugak yang best! Sebab kat sekolah menengah lah aku belajar banyak perkara. Kat sekolah rendah pun aku belajar jugak. Tapi aku tak ingat aku belajar apa =_='

Insha-Allah kalau ada masa aku nak tulis pasal harmonian/murnian pulak. Sebenarnya masa ada je, banyak! Tapi aku je yang malas hahaha.


p/s : Aku rasa entri ni tiada motif. Tiada tujuan. Aku rasa macam entri ni desperate. Cis

19 December 2011

Here the pantun


Pisang emas you take belayar,
Masak sebiji on the peti,
Ilmu akhirat tak ramai nak belajar,
Ilmu dunia tinggi mana pun tak bawa mati.

... Swing laju-laju,
Sampai on top the pohon sena,
Everybody wants to be maju,
Maju tapi lupa Tuhan apa guna?

If roboh the Kota Melaka,
Papan from Jawa we all dirikan,
Subjek dunia pakat skor belaka,
Bab agama semua cukup-cukup makan.

High-high termatahari,
Anak cattle mati tertambat,
Belajar agama untuk baiki diri,
Bukan untuk compare siapa hebat.

Push papan pull papan,
Keranji fruit in the perahu,
Ilmu akhirat don't you dok simpan,
Amal dan pass-pas kat yang tak tahu.
 
 
 
 
p/s : Pantun ni aku copy daripada facebook fc aku :D

This is so sweeet ;)




Jealous