27 September 2011

Haih haih haihh

Assalamualaikum :)

Kadang kadang, bila kita sudah focus terhadap sesuatu benda. Mesti ada sahaja yang datang mengacau. Oleh sebab sabar itu separuh daripada iman, kita perlulah mengamalkan sikap sabar. Jadi, sabar je lah. (Aku tak faham apa aku cakap). Lemme bagi contoh eik.

Just now, aku belajar Physics. Yela trial belum habis lagi kan? Dan, tadi dah start focus dah! Eh bukan senang tahu nak suruh aku focus lagi lagi kat physics hmph! (Ececece saje nak bagitahu orang yang kau belajar lah tu haha :D) Baru 10 minute gitu, tiba tiba 1 message masuk. Lalu aku buka.

"Kat tempat ibu ni ada orang jual CD Korea. Kawan-kawan ibu ramai yang beli. Ada cerita yang kakak nak tak? Ibu dah beli satu cerita. Penjual tu cakap best!"


". . . . . . . . . . ."





Patah semangat aku nak belajar Physics. Ibu ni.

Lalu aku pun tutup buku dan terus call ibu. Bye Physics!


 Wink wink! My fav korean drama ;P

25 September 2011

Peguam sebelah kaki kat neraka?

Assalamualaikum

Dulu masa kecik kecik, Pak Ngah aku ada tanya, nak jadi apa? Aku cakap peguam. Pak Ngah aku marah. Dia cakap peguam sebelah kaki kat neraka. Terus aku tukar cita-cita jadi juruterbang. Aku berpegang cita cita nak jadi juruterbang dari darjah 6 sampai form five (now). But then, aku rasa aku tak minat kat semua tu.

Ramai orang cakap, jangan jadi peguam jangan jadi. Okay fine. But bila dah besar (Ceh besar sangat lah kan haha) aku fikir fikir balik, kalau semua orang islam taknak jadi peguam, siapa yang nak bela orang islam? Siapa yang nak tegakkan undang undang islam kalau kat mahkamah semua non-muslim yang conquer? Siapa yang nak melindungi hak orang islam? Orang islam murtad, kes dibawa ke mahkamah, siapa yang nak pegang kes ni? Non-muslim?

Cis!

Bila semua orang asyik mengelak, tuntutan fardhu kifayah siapa yang nak laksanakan? Bagi aku semua kerja terdedah dengan risiko. Kalau iman kita kuat, buat kerja semua kerana Allah, insyaAllah kita tak akan tergoda dengan duit yang disogok. Tepuk dada tanya IMAN.

Actually aku bukan orang yang tepat untuk cakap benda benda ni. Tapi aku bengang bila semua orang asyik cakap jadi peguam sebelah kaki kat neraka Ceh! Bagi aku, semua kerja ada risiko untuk masuk neraka. Bukan peguam sahaja. Macam doctor. Doctor boleh terlibat dengan  pengedaran organ organ secara haram? Kerja di Bank pun terdedah dengan risiko pecah amanah. Kerja dengan duit kan, siapa tak tergoda?Macam mana tu?



Kita semua manusia biasa, juga diibaratkan sebelah kaki di syurga dan sebelah kaki dineraka. Sebab dua tempat tu je yang ada kat dunia lagi satu itu, akhirat.

17 September 2011

Adat lah tu

Assalamualaikum :)

Setiap orang ada pendapat masing masing. Ada orang yang suka durian. Ada orang yang tak suka durian. Its normal.


Kalau seseorang itu tak suka, dia akan cakap benda yang buruk buruk sahaja. Kalau kita bagi dia minum air gula pun, dia akan cakap gula tu racun. Kalau kita cakap dia cantik macam bidadari pun, dia akan cakap kita ni hina dia. Orang kalau tak suka, dia 'hanya' melihat yang buruk-buruk. This is normal dude.

Kalau seseorang itu suka, dia akan cakap benda yang baik baik sahaja. Kalau kita bagi dia minum kopi pahit gila ya rabbi, dia akan cakap kopi ni manis paling sedap, unik. Kalau kita cakap muka dia penuh jerawat, dia anggap itu sebagai penaik semangat. Orang kalau dah suka, dia 'hanya' melihat yang baik-baik. This is normal bebehh.

Contoh macam kes Bersih. Ada orang yang sokong ada orang yang bantah. Orang yang sokong ada pendapat dia tersendiri. Even orang cakap rusuhan tu semua tak bagus. Dia akan tetap menegakkan yang benda itu baik, sanggup. Sebab? Sebab dia suka, dia sokong perkara itu. Orang yang tak sokong pulak, akan mengutuk rusuhan itu tak bagus ekonomi jatuh bla bla. Dan dia akan tetap mengutuk kerana? Kerana dia tidak suka. Dia tidak menyokong. NORMAL.


Conclusion :
Kalau nak tahu orang itu baik atau tidak, tanya kaki kipas dia.
Kalau nak tahu orang itu jahat atau tidak, tanya musuh dia.





Aku tak suka petai. Pahit tak sedap! Yekk >< Kentut pun dua kali ganda busuk
Aku tak suka kerang lala siput sedut and the gang. Jangan paksa aku makan or else . .



FAHAM TAK APA YANG AKU CUBA NAK CAKAP NI?!

16 September 2011

Cis aku ingatkan apa lah

K for kawan.
A for aku.


K : Ceh. KBS buat rumah terbuka pun kecoh ke?
A : Siapa siapa?
K : KBS.
A : Wei?! Bila bila? Tak tahu pun jum pergi jum!
K : Kau ni kenapa? Tak kuasa lah!
A : Ramai tak artis datang?
K : Aaaa?
A : Yela, artis lah. Eh tapi kenapa tiba tiba dia buat rumah terbuka eh? Dia bukan beragama islam pun.
K : Aaaa? Apa budak ni merepek?
A : Wait. Kita tengah cakap benda yang sama ke? KBS yang kau cakap ni stand for what?
K : Kementerian Belia dan Sukan?
A : Shit. Aku ingat KBS yang korea tu




Tak penting pun. Saje nak tulis sebab bagi aku penting xD
Kenapa aku suka sangat malukan diri sendiri macam orang takda ilmu T_T

11 September 2011

Salam syawal :P

Picture ni aku copy daripada blog Irene Nadia Marcello :)




Perempuan itu pasti  lebih cantik kalau mengenakan hijab
dengan sempurna


Awwww comel comel! :P







Sehelai rambut wanita pabila dilihat oleh seorang lelaki makanya akan menanggung dosa sebanyak 10 kali ganda”









05 September 2011

03 September 2011

02 September 2011

salam perantauan

Assalamualaikum

Beraya di perantauan memang mencabar mental dan fizikal saya. Kadar puasa yang tak menentu memang membuatkan saya selalu berfikir kenapa saya tak ada sakit gastrik?! Aha! Tak lah tipu je :P Tekak yang terkadang mengidam masakan sardin ibu dan megi goreng ayah menyebabkan air liur berjujuran keluar tanpa disedari. Sluuuurpppp! Sepanjang di perantauan, menu sahur dan berbuka terkadang ada terkadang takda. Selalunya sahurlah yang tiada. Cukuplah dengan hanya seteguk air skyjuice. Oh ibu. Kehadiranmu disini amat kuperlukan. Mai ler datang sini, boleh shopping raya sekali tauu hehe.

Namun, berpuasa di perantauan telah mengajar saya untuk berkenal rapat dengan warga dapur. Sekarang baru dapat membezakan apple dengan tomato (Ini hiperbola ye anak anak kau jangan percaya aku temberang). Walaupun kadang kadang terpaksa calling calling ibu yang jauh dimata tapi dekat dihati untuk bertanyakan resepi, namun itu sudah jelas memberitahu bahwa saya sedang merangkak rangkak kearah menjadi perempuan sejati! (mempunyai keinginan memasak) :P Masakan yang saya masak pulak memang enak, bak kata kawan-kawan "Sudah setaraf chef terkemuka," walaupun baru pertama kali mencuba sesuatu resipe. Saya memang berbakat. Jap jap, rasa macam sudah jauh dari topik utama. Pardon me.

Jikalau di Malaysia, sambutan hari raya memang cukup meriah. Kedai kedai kain ela kain baju kain carpet kain lap lantai kain perca memang sesak dengan orang. Memang upmhhhhhh! Berbeza pula keadaannya disini, segalanya dilakukan dengan keadaan yang cukup sederhana. (Yela kat sini mana ada nagoya jakel semua, cuba kau letak satu kat sini mesti kena serbu haha). Oh ibu. Jasamu kuperlukan. Kirimkan baju kurung satu dozen boleh? Nanti anakmu ini kirim size baju yaaa :)

Sudahlah, saya rasa saya sudah jauh daripada topik sebenar.

Ucapan : Dengan ini, saya Afifah Aff Azmn ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat Ibu tersayang, Melah Mion (bukan nama sebenar) dan Ayah tercinta, Taib Dol (bukan nama sebenar) (kalau lelaki mesti guna cinta takleh guna sayang), abang dan adik yang berada nun jauh di mata tapi dekat di hati macam slogan tv9 tuuu. Tidak lupa juga salam aidilfitri untuk pakcik makcik nenek atuk, cousins, nephews and nieces, guru guru di SMKBBB, jiran jiran yang baik hati, kawan-kawan yang dirindui, pakcik yang jual ice blended depan sekolah, ane yang jual cendol dekat belakang sekolah, musuh musuh yang disegani dan semua muslimin dan muslimat yang berpuasa.

Maaf dipinta andai ada salah silap perbuatan, terlanjur perkataan yang menyinggung hati dan perasaan, hmm apa lagi? Tak kisahlah apa apa kesalahan yang telah saya lakukan yang mungkin mengguris jiwa dan raga, mohon dimaafkan dan dilupakan. Saya hanya insan biasa yang sering melakukan kesalahan. Halalkan juga hutang hutang saya (Kalau tak halalkan, nanti kena bayar guna duit raya sobsss). Kosong kosong eh? Tapi kalau bagi sampul raya jangan pulak kosong tau! Harus tebal dan nilainya pun harus besar!
Bukan apa, nak tanggung hidup disini bukannya murah. Harap faham lah hihihi.

p/s : Ibu poskan mercun dengan bunga api boleh?!

Daripada : Si Cek Mek Molek Afifah yang berada diperantauan, Afifah in Wonderland.






* * * * * * * * * * * * * * * * *

Okay ini yang serious punya.

Selamat Hari Raya to all my lovely readers. 20 puluh jari termasuk jari kaki (Seee how ikhlas i am!)dihulurkan untuk memohon maaf atas kesalahan kesalahan yang telah saya lakukan.

Maafkan saya jika terdapat entry entry saya menyebabkan you readers berasa tak senang dan menyampah. Im just a normal human being LOL :P Kalau nak main mercun tu, main elok elok ya (Anggap macam emak yang penyayang sedang berpesan kepada anaknya yang DEGIL), kang ada yang terputus jari. Kalau jari kiri takpa lagi kot, kalau jari kanan? Cane ekau nak jawab exam?! HAIHH :/

Pesan kat driver bawak kereta hati hati ya. Biar lambat asalkan selamat :)



Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin,
ikhlas daripada Afifah Aff dan suami.