26 July 2011

short entry

assalamualaikum :)

Sorry belog dah lama tak update. Tak dapat internet i^&*((*&^%$*^%$#

Now pun online curi curi. Curi apa siapa punya? Tu tak leh bagitau.
Rahsia tahu?

HAHA bye! :D Take care,

13 July 2011

PLKN PLKN PLKN

Assalamualaikum :)

Sekarang, siapa yang lahir tahun 1994 mesti tengah kecoh kecoh pasal PLKN kan? Asal jumpa je mesti tanya kau dapat kau dapat? (Eceh! Aku pun buat gak -_-)

Maka, siapa yang dapat?
TAHNIAH lahh wei!

HAHAHA Berbakti sikit kat negara. Jadilah wira and wirawati negara! Bukan semua orang tau yang boleh jadi insan terpilih ni. Boleh pakai baju celoreng, boleh pegang senjata. Wahhhh! Bangga lah bangga lah! Dan bukan semua orang yang boleh merasai kulit bertukar warna pengalaman 3 bulan yang berharga itu! Bestnya! Eshhh semangat tau aku!!









Tapi


Tapi


Tapi







Aku . . . .

tak dapat PLKN  *Sunyi sepi


Apa nak buat, bukan rezeki aku *Bunyi cengkerik


Aku bukan macam korang. Insan terpilih lah katakan *Tarik hingus


Aku redha. *Bunyi air menitik (Siapa yang tak pandai tutup pipe ketatketat ni!)







Tak sabar nak tunggu lepas SPM. Aku nak hantar kawan-kawan aku yang dapat PLKN dengan lambaian yang penuh dengan kasih sayang dan motivasi. Aku nak bagitahu mereka, bahawa merekalah insan terpilih! Malah, Aku nak bawak sepanduk yang bertulis

'Aku nak pergi travel satu malaysia bersama kawan-kawan kita yang tak dapat PLKN!!'

04 July 2011

Menyimpah air di daun pisang

Assalamualaikum =)

Aku tak tahu lah tajuk kat atas tu sesuai ke tak. Aku main letak je asalkan ada tajuk HEHE

Just wanna to share something, HOPE YOU LIKE IT THANK YOU ;)





Ahaa! Peringatan keras kuasa dua untuk diri sendiri juga. (Aku minat Titanic :0 )

Dan untuk kau jugak. Masing masing dah besar, dah pandai fikir. Yang mana baik, yang mana buruk. Its up to you my dear. Tapi kalau kau rasa macam something like 'ek elleh' or 'menggelabah ah' or apa apa je lah, sukati kau lah.

Kau fikir . . aku kisah?! Hehe =P

























Eh hari ni takde berita pasal buang bayi lagi ka?


Semoga Allah melindungi kita semua, amin! :)

02 July 2011

kebodohan semasa kecil

Assalamualaikum :)

I got an idea bila baca someone's blog. So, lemme tell you perangai buruk comel aku masa kecik kecik dulu. Ehehh =p  :

1 - Aku pernah kena cacar. Lepas nampak je banyak bintik bintik merah, aku terus meraung. Aku fikir aku akan jadi alien, sebab sebelum tu aku tengok cerita alien.

2 - Dulu siapa yang sakit mata, dia cool.

3 - Aku benci badut. Benci benci benci! Tapi bila badut bagi aku belon, perasaan takut bertukar menjadi suka. Lepas tu benci balik. Aku pun tak tahu kenapa.

Kau fikir bibir tebal sexy? Tak langsung!
4 - Dulu barbie merupakan satu fenomena. Siapa tak main barbie, dia tak gegirl lahhhh =p

5 - Ingat lori hantu tu, hantu yang bawak. Lepas tu kalau nampak je, mesti lari bagi nak gila.

6 - Kalau malas pergi sekolah, nanti minum air panas lepas tu letak 'thermometer' dalam mulut. Lepas tu buat suara lemah "Ibu~ demam..." hehe

7 - Aku selalu fikir macam mana gajah bersalin. Sape yang sambut baby dia? Ahh buang masa betul bila ingat balik.

8 - Dulu, someone told me jangan kira duit waktu malam, nanti toyol masuk rumah pastu amik duit tu. ARGHHH!  Sampai sekarang aku tak kira duit waktu malam. Sanggup aku tunggu siang. Too bad aku lupa sape yang cakap ni, pengaruh buruk betul.

9 - Dulu aku fikir harimau tu ialah singa betina.


10 - Aku benci doktor gigi kerajaan. Aku suka doktor gigi swasta. Sebab kalau pergi doktor swasta, dia punya 'bahan' semua berperisa. NYUMMMM! =)

11 - Bila aku tengok cerita dulu dulu yang tak bercolour. Mesti aku pelik. Macam mana la kehidupan orang dulu dulu yang tak de warna langsung? Muka semua kelabu. Mesti fikir, siapa yang cipta warna?

12 - Kalau ada awan hitam atas bumbung rumah, maknanya ada witch yang nak turun =P hehehe


13 - Kalau gigi patah, mesti baling atas bumbung. Aku lupa reason dia. Tapi bodoh bodoh jugak lah reason dia.

14 - Filem hindustan adalah filem kegemaran. Sanggup menangis tepi jalan sebab tak dapat beli Cd.

15 - Bunga kertas adalah bunga yang paling cantik. Dulu.


16 - Sanggup meraung tepi tadika taknak pergi sekolah sebab ibu taknak belikan pemadam barbie kat 7e. (Punca : aku jealous dengan sorang budak ni dia selalu show off pasal pemadam barbie dia)

17 - Time darjah 6, tempat aku hang out ialah warta. Rasa hebat gila bila pergi warta dengan kawan kawan. Rasa dah besar.

18 - Dulu aku selalu fikir, macam mana baby boleh ada. Hehehe tapi kini, semua itu tidak menjadi masalah lagi. Aku belajar bio! =P

Okay enough. Ni semua zaman dulu dulu punya cerita. Zaman 90-an. Zaman jahiliah. Aku rasa bukan aku seorang je yang rasa macam ni, kan? Ke memang aku seorang je? Mak ai. Tapi bila fikir fikir balik, aku rasa kelakar pulak. At least aku ada memories yang comel untuk diingat kembali. Kau ada tak? =)