27 August 2011

baju raya buku raya

Assalamualaikum :P

Bukak mata tutup mata bukak mata tutup mata dah nak raya kan? Cepat betul.

Bukak mata tutup mata bukak mata tutup mata dah nak trial kan? Cepat betul.

T_T



Boleh tak aku tukar slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan menjadi

"Raya didahulukan peperiksaan diutamakan,"

:P

20 August 2011

Tak nak tulis title, boleh tak?

Assalamualaikum =)

*Hampir 10 minute aku fikir ayat yang terbaik untuk dijadikan pendahuluan, tapi still tak dapat. So aku decide, nak straight to the point. (Nampak sangat kau lemah nak buat essay epa =_=)


Sejak masuk bulan Ramadhan ni, aku perasan, orang kita (termasuk aku sekali ah) menjadi sangat pemurah!

Pemurah dalam menderma, alhamdulillah. Tapi, aku taknak sentuh bab pemurah yang ini. Aku nak sentuh pemurah tang lain. Pemurah mengeluarkan duit di Bazaar Ramadhan :))

Aku pun tak faham sebenarnya kenapa mereka ni, suka beli banyak sangat makanan untuk berbuka? Kuih? Pergh pelbagai jenis ada. Kuih yang tak pernah makan sebelum ramadhan, tiba-tiba bulan ramadhan ubah selera nak makan. Lauk? Lebih dua tiga. Air pun tak kurang hebat. Pelbagai jenis. Kenapa eh? Sebab kita berpuasa dan satu hari tak makan dan kita kena hadiahkan diri sendiri dengan makanan makanan enak macam tu eh?

Lepas tu, bila dah berbuka, percayalah, makanan makanan yang terbeli dengan banyak tu, kita makan ke SEMUA? Tak kan? Mesti ada baki baki tertinggal. Lepas tu simpan konon nak makan sahur. Tapi nanti time sahur, ubah selera sebab ngantuk punya pasal, semua tolak tepi. Esoknya, lauk lauk tu mesti disedekahkan kat tong sampah. Tahu dahhhh~

Kadang-kadang aku terfikir, kaya sangat ke kita ni sampai mudah sangat kita beli sesuatu yang kita sendiri tahu benda tu tak perlu. Memang betul, kita kena raikan diri kita yang SATU HARI PENAT BERPUASA dengan makanan makanan yang enak sedap delicious melicious cious cious tapi aku rasa tak perlulah sampai tahap membazir. Cukup lah ala kadar. Kau beli banyak banyak lepas tu makan banyak banyak, and then bila ajak terawih, banyak beno alasan. NO AKU TAK PERLI SESIAPA.

Lagi satu sikap kita ni, bila nak beli keperluan untuk diri sendiri, memang mudah sangat untuk keluarkan duit. Yela untuk diri sendiri kan gedik lah kau epa macam kau tak buat je -.- Cuba kau pergi bazaar, mesti ada at least seorang yang minta derma right? Apa salahnya kita sedekahkan duit yang kita nak beli untuk makanan-yang-kita-sendiri-tak-jamin-kita-boleh-habiskan-atau-tong-sampah-yang-habiskan dan berikan kepada mereka yang memerlukan itu.


Aku tahu, mesti ada yang cakap,

"Pengemis tu, lagi kaya dari kita tahu dak?"

Aku cakap,

"Tahu. Rezeki dia,"

Hahahahaha. Boleh tak cakap macam tu? Tak lah. Dia kaya ke dia miskin ke, pedulikan. Jalankan je tanggungjawab kita sebagai masyarakat prihatin ceh ceh ceh haha malu pulak. BAYANGKAN, dengan sedekahkan duit yang tak seberapa dengan hati yang ikhlas, mana tahu benda tu boleh beratkan timbangan amalan kau kat mahsyar kelak? =P

So apa kata, bila rasa tangan dah gatal sangat nak beli makanan kat bazaar tu, yela nafsu makan kita kan tak kena ikat brrr, okay SORRY SORRY -_- So aku nak bagi tips macam mana nak elakkan pembaziran makanan daripada berlaku.

#1 - Bila rasa nak beli makanan melebihi keperluan je, cepat cepat fikirkan rakyat somalia yang malnutrisi or rakyat palestine yang puasa macam kita tapi dia tak boleh makan sedap sedap macam kita.

#2 - Jauhi tempat tempat yang banyak makanan yang kalau nak makan kena beli. Kalau kat hotel takpa =P
Maka, Jauhi Bazaar Ramadhan.

#3 - Busykan diri pada waktu petang untuk melupakan keindahan Bazaar Ramadhan.

#4 - Masak sendiri kat rumah! Kalau rasa terlebih masak, boleh sedekahkan kat jiran jiran yang ada anak lelaki hensemmm. Kalau takda anak lelaki, sedekahkan kat surau je.

#5 - Gunakan slogan, membazir amalan syaitan. Kalau nak beli makanan je, cepat cepat sebut, membazir amalan syaitan (amalan syaitan tu disebut beberapa kali) sambil pandang muka penjual dengan muka bengang.

#6 - Pergi Bazaar bawak Rm10 untuk elakkan pembaziran.

#7 - Pergi Bazaar yang penjualnya terdiri daripada makhluk rakyat asing.

#8 - Pergi berbuka dekat rumah jiran yang selalu beli makanan banyak.

#9 - Pergi Bazaar lepas azan maghrib!

#10 - Fikirkan bil yang tertunggak tunggak muehehehehe!

#11 - Aku tak tahu nak tulis apa lagi!


Konklusinya, marilah kita rakyat Malaysia bersama-sama menjayakan pembukaan puasa tanpa pembaziran! Dapat save money untuk hari raya untung dapat duit raya lebih xD



Dari Abu Hurairah ra, katanya:
Ada seorang lelaki yang biasanya banyak makan. Setelah masuk Islam, makannya sedikit. Hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda: Orang yang beriman makan untuk satu perut. Orang kafir makan untuk tujuh perut." (Sahih Bukhari)