24 February 2011

novel jibam


Siapa tahu kat mana aku boleh dapat buku ni?
Aku nak sangat buku ni T_T

SIAPA BAGI AKU BUKU NI AKU BLANJA DIA BASKIN ROBIN :P

21 February 2011

ketinggalan

conversation between my little sister and me ;

A : Kakak, adik ada teka teki. Nak dengar tak?
M : Tak nak.
A : Kena dengar jugak. Kenapa Nobita takut nak datang Malaysia?
M : Ha? Ish. Hmm Jap jap tahu tahu. Hmm apa eh? Alaa tahu senang je ni *petik petik jari
A : Cepatlah apa dia. Kata tahu *Nada annoying
M : Hmm (Aku tak tahu sebenarnya tapi harus control! Malu babe kalau tak dapat jawab. Maruah kene jaga)
A : Tak tahu cakap je lah
M : Haa apa dia?
A : Sebab ada banyak Giant! (Pasaraya)
M : Oh iye ke? Hahaha

Esoknya . . .

M : Naz naz! Nak tahu 1 teka teki tak? Kenapa Nobita takut nak datang Malaysia?
N : Sebab ada Giant. Epa... Teka teki ni dah lama lah. Apa lah.
M : Oh yeke? Epa tahu ni pun daripada adik epa. Dah lama eh?
N : Ye. Rasanya dari sekolah rendah kot.
M : *Malu

Kenapa kawan-kawan sekolah rendah aku tak pernah tanya teka teki ni kat aku? T_T
Tengok kan dah malu Ish! Semua salah kawan kawan sekolah rendah.



Nobita kenapa awak takut sangat dengan Giant? Bukan ke kat jepun tu banyak 'type of seni mempertahankan diri'? Why not you take Judo? Boxing ke? Barulah Sizuka suka! Kannn?

19 February 2011

macam mana tu?

Kenapa orang arab semua hidung tinggi? Oh tak jangan salah sangka. Bukan hidung tinggi yang peribahasa tu. Dok eh dok ehh! :P Hidung tinggi = mancung? Kenapa kenapa?!

Kenapa orang cina semua mata sepet? Kenapa orang cina semua putih putih? Kenapa kenapa?!


Kenapa aku tiba tiba sakit perut? Kenapa kenapa?! Okay terpaksa berundur nak carik tandas. Bai

mathematics

Aku ada beberapa soalan mathematics. Sape boleh jawab memang dia genius gila tuut lah! :P
Lets begin!

1. Apabila seorang hamba Allah mengucapkan satu zikir, maka akan tumbuh satu pohon yang besar dalam shurga di mana kuda yang paling pantas akan mengambil masa setahun untuk melintas bayang-bayang pokok tersebut, maka berapakah diameter sebenar pokok tersebut?
Dan seandainya selepas solat kita ucapkan sebanyak 33 kali zikir, berapakah luas yang di perlukan untuk tempatkan pokok-pokok tersebut?

2. Dalam kubur akan di lepaskan ular yang besar dan panjangnya sebulan perjalanan untuk azab manusia yang tidak bersolat, sekiranya di ambil perjalanan manusia biasa yang sihat dan berumur dalam lingkungan 30 tahun, berapakah panjang sebenar ular tersebut?

3. Diketahui akan betapa bisanya siksa dari serangga di akhirat yang mana sekiranya satu titik bisa tumpah ke bumi, maka semua tumbuh-tumbuhan akan mati, berapakah liter kadar racun yang diperlukan untuk matikan tumbuh-tumbuhan di dunia ini dan apabila di bandingkan dengan racun bisa tadi, berapakah nisbah ketumpatan perbandingan racun tersebut?

THE END
*SEMOGA BERJAYA*


Click here for more questions. CHAIYOK CHAIYOK :P

15 February 2011

oh iye?

Im sorry sebab dah lama tak update blog.

Hmm

Frankly speaking, aku lupa yang aku ada blog T_T
Gila lah ingatan macam warga emas betul ish!

Sekarang tengah ujian. So tak update banyak banyak. BAZIR MASA! (Ceh padahal nak main dress up barbie damn!)

Lepas ujian aku post banyak banyak sampai kau rasa menyampah okay :D haha

GOOD LUCK UJIAN.


*Tak payah tulis jawapan banyak banyak, kesian cikgu kau nak tanda nanti* Cikgu Zaidah

*Tak payah nak study sangat, book never tell anything* Cikgu Malek

*Tak payah tulis, tak payah study, duduk rumah tunggu Datin Sri pinang jadi menantu* Cikgu Afifah

06 February 2011

akibat dedahan

Tajuk kasi malatop sikit.

Assalamualaikum.



Hai. Hari ini mari bercakap tentang asid. I tahu semua suka kan bila cakap pasal asid. Amboi~

Cerita simbah menyimbah asid kini seolah-olah menjadi sesuatu yang biasa pada pendengaran kita. Apa nak peliknya kan?

Pak Mail simbah asid kat isterinya, Mak Peh.

Lalu orang kita akan berkata, "Biasalah tu. Trend."

Ewah ewah! Apa kau ingat asid tu macam air oren ke boleh simbah menyimbah?! Macam mesra je kan bunyi simbah asid. Aloloh comel je!  -.-' Kadang kadang macam tak lengkap kan hari kita bila bukak surat khabar, takda cerita mengenai simbah asid ke simbah cat merah ke, bunuh bunuh ke, kan?

TAPI! Bila banyak sangat pendedahan mengenai simbah asid semua ni, dia boleh mengakibatkan salah faham. Em. Tak faham kan? Aku pun tak berapa reti nak terangkan ni.

Okay macam ni, zaman sekarang, ibu bapa semua nak anak kecil mereka tahu membaca dengan lancar. Jadi, ibu bapa akan galakkan anak kecil mereka membaca surat khabar sebagai latihan membaca. You know lah kan. Jadi bila anak anak kecil ini membaca kisah simbah menyimbah curah mencurah ini, automatik diminda mereka akan terdetik, "Benda ni sebenarnya salah atau tidak? Kalau salah kenapa ramai sangat yang buat?"

Jadi ini akan mengakibatkan kekeliruan diminda mereka. Kadang kadang benda yang salah, boleh menjadi betul apabila terlalu banyak dedahan atau perlakuan yang ditonjolkan. Kerana, minda kanak kanak mudah dimanipulasikan.

Jadi, jangan terkejut kalau suatu hari nanti anak anda akan berkata :

Scene 1

Anak : Ma! Papa ada asid tak?
Mama : Asid? Nak buat apa asid?!
Anak : Tadi kat tadika kawan boboy tarik kerusi time boboy nak duduk. Punggung Boboy sakit. Boboy marah sangat. Esok Boboy nak simbah asid kat dia!

Scene 2

Kawan 1 : Seluar awak basah ee awak kencing dalam seluar ye?
Kawan 2 : Eh mana ada! Air tumpah lah!
Kawan 1 : Alah! Tipu. Awak kecing dalam seluar kan kan?
Kawan 2 : Tak Tak!
Kawan 1 : Tipu ee kecing dalam seluar!
Kawan 2 : Siaplah kau esok! Aku siram kau dengan asid!


HAHA :D
Act this entry bukan nak cakap, "JANGAN BAGI ANAK KECIL BACA NEWSPAPER!".

NO NO NO! TIDAK SAME SEKALI!

Nak bagi kanak kanak baca newspaper, bagilah. Takda salahnya. Ia bagus untuk menambahkan kelancaran membaca. Cuma kalau boleh elakkan daripada membaca cerita cerita yang boleh memanipulasikan minda kanak kanak. Kalau nak bagi dia baca jugak, boleh. Sape cakap tak boleh, itu kan hak masing masing. Tapi bimbinglah dia time dia baca tu. Terangkan mana yang betul mana yang salah supaya dapat mengelakkan perkara perkara diatas terjadi!

04 February 2011

GOOD NIGHT


sleep tight my baby hipo :)

haha!

Perbualan ini berlangsung semasa aku otw nak balik kg bersama ibu dan adik. Yang kaum adam semua busy thats why tak dapat balik :D

Me : Ibu. Kenapa ada banyak kereta ni? (Pointing at those cars yang parking kat tepi2 jalan dalam kuantiti yang banyak)

Ibu : Kenapa apa?

Me : Yelah. Banyak kereta ni. Ayah cakap kalau banyak kereta tengah hari macam ni, ada orang meninggal. Haa kan betul. Tengok! Dorang tengah solat jenazah tu.

Ibu : Hish apa solat jenazah kakak ni! Merepek je. Dorang tengah solat Jumaat lah?! Apa ni sampai hari semua dah lupa. Orang tua pun tak macam dia.


Allah... Hari ni hari jumaat ke? HAHA nasib baik aku tak sedekahkan al-fatihah lagi.

03 February 2011

new me

"Ek elleh! Dulu ada orang tu, cakap. Nak delete blog sebab SPM. Nak delete blog sebab nanti leka. No whattt?! Apa sudah jadi? Cakap tak serupa bikin!"

"Poyo gila minah ni. Cakap belit belit. Taknak aku percaya kat minah ni lagi ah!"

"Lain kali sebelum cakap, fikir dulu. Haih. Tengok, JILAT LUDAH BALIK euwwwwww!"

"Dah agak dah. Epa ni memang hangat hangat tayik ayam je!"

"Epa ni bla bla bla bla bla bla bla . . . "

"Epa ni pok pek pok pek pok pek pok pek . . . "

"Anak Azman sok sek sok sek sok sek sok sek . . . "


OKAY FINE! Shut up.
Dulu aku tak matang sekarang dah matang sekarang dah tahu bezakan mana satu berlian mana satu kaca (blame cikgu malek). Okay takda kaitan.

Baik. Saya tahu mesti ada antara kalian (Ceh kalian -.-') yang berkata seperti diatas. Dan jawapan saya hanya satu. Ye, HANYA SATU.

"DO I CARE?!" (Nada kerek kuasa dua)

*HANYA SATU AYAT BUKAN SATU PERKATAAN*

Eh ni blog aku sukati aku nak delete ke nak buat baru ke nak pecahkan ke nak koyak nak jahit ke kau jangan banyak complain. Kalau rasa menyampah, tu tu. Kat atas sekali hujung kanan ada 3 kotak kecil. Pilih warna merah yang didalamnya tertulis perkataan X. Sila tekan dan sila jangan kembali. BYE KAU!

Amboi. . Sungguh garang ye disitu. Maafkan saya. Kalau bulan tengah hampir dengan diri memang macam ni perangai saya hihihi.