28 January 2012

Assalamualaikum

Sakit tak hati bila aku dah type panjang-panjang, dah type post yang meleleh-leleh. Dah siap letak pengajaran, siap letak suggestion bagai. Sekali entry tak dapat dipublish. Gone. Carik punya carik, cant find. Punyalah aku meluahkan perasaan kat entri itu, sekali Pot! Hilang? Alahai~ Berapa banyak pulak masa yang aku habiskan mengarang ayat puitis tu. Betul, ayat aku puitis tadi!

Geram tak geram. Haih :/

Mungkin, ada hikmahnya Allah tak izinkan aku publish entri tu. Mungkin kerana aku tak ikhlas. Mungkin juga. Hmm

"Berbaik sangkalah kamu dengan Allah." :)

26 January 2012

Lengkapkan harimu!

Assalamualaikum :)

May Allah bless us inshaAllah.

Post kali ini aku nak berkongsi mengenai surah-surah yang patut dijadikan amalan seharian dan fadhilatnya. InshaAllah. Aku pun baru tahu mengenai perkara ini dan in process untuk menjadikannya sebagai perkara wajib buat hari-hari. Bukankah berkongsi ilmu itu satu tuntutan? ;P

Lemme share with you.

Bismillahirrahmanirrahim.

Surah Surah untuk dijadikan amalan harian.

#Surah Yasin
#Surah Al-Waqi'ah
#Surah Al-dukhan
#Surah Kahfi
#Surah Al-Mulk
#Surah As-Sajdah

Mesti rasa macam "Ahh banyaknya surah nak baca dalam satu hari!" Kan? Haha Jujur, aku rasa macam tu bila kali pertama melihat senarai surah harian ni. Ini tandanya iman tidak kuat lagi ni? Kena upgrade cepat-cepat. Tapi, kalau kita pandai manage masa dengan betul, insyaAllah. Boleh je amalkan semua surah ni.

Lemme give you some tips.

1. Surah Yasin.
Seeloknya dibaca pada permulaan hari. Apa kata selepas solat subuh tu, daripada kita tidur, lebih baik kita luangkan masa sekejap membaca Yasin? Bukan lama pun, 15 minutes je. Tahu tak apa kelebihan mengamalkan surah Yasin?

#Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
#Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
#Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


2. Surah Al-Waqi'ah.
Curik masa. Perform solat sunat dhuha, habis solat sunat. Baca Surah Al-Waqiah. Tak lama pun masa yang diambil. Kelebihan surah :

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Nak kaya tak nak murah rezeki tak? Amalkan surah ini ya anak-anak ;P



3. Surah Al-dukhan.
Selepas solat maghrib tu, bacalah surah Al-dukhan ni. Surah ni pendek je. Silap haribulan, baca 2 minggu berturut-turut, dah hafal. InshaAllah ;)

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat di waktu pagi." (H.R. al-Tirmidzi)


4. Surah Kahfi.
Aku baca surah ni pada malam jumaat atau pagi Jumaat. And aku buat pengecualian pada malam jumaat itu untuk membaca surah ad-dukhan kerana surah kahfi ini panjang. Huhu. Jangan ikut Afifah ni. Doakan supaya aku rajin! :)

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat." (H.R. al-Baihaqi)


5. Surah Al-Mulk dan As-Sajdah.
Kedua-dua surah ini dibaca sebelum tidur. Daripada kita sibuk mengira 'satu ekor kambing.. 2 ekor kambing..' *Terasa Lebih baik kita membaca surah-surah ini. Banyak kelebihan lagi. Daripada mengira kambing tu...

#Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.
#Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.


Dah habis baca surahhhhh! Yeyy Alhamdulillah!


See, Ia akan menjadi mudah kalau kita pandai manage time well. Takde lah rasa tertekan dan kelam kabut, betul tak? *Terasa

Sebenarnya banyak lagi surah-surah harian yang lain, cuma disini aku kongsikan sedikit sahaja, sebagai menopup amalan-amalan kita yang lain. InshaAllah! Kalau mahu lebih, pergi tanya Pakcik Google.
Hope lepas ini, kita sama-sama dapat menjadikan surah-surah berikut sebagai 'things to do everyday', and kalau tak buat, rasa tak senang hati. Umpama mandi tak basah, makan tak kenyang, minum terasa haus. LOL hehe! Yuk! Sama-sama kita berusaha untuk merebut ganjaran dan cinta Allah SWT, inshaAllah!



Oh peringatan kepada tuan empunya blog jugak. Jangan ngelat aaaa!

P/S : Sahabat, buat secara perlahan-lahan. Just enjoy doin it. InshaAllah lama-lama ia akan menjadi habit, <3

16 January 2012

Assalamualaikum

Macam ni lah muka aku agaknya time drive. Luar takut. Dalam LAAAAAGIIII TAKUT!


Seriously, aku tak tahu langsung macam mana nak bawak kereta manual. Zero. Selama ni aku bawak auto, alhamdulillah takde siapa complain kecuali masa first day lah kan. Tapi bila bawak manual, aku rasa macam aku lah orang paling lembap, lambat pick up dalam dunia.

Cikgu selalu cakap, belai dengan lembut minyak tu. Jangan tekan! Ceh. Percayalah, aku dah cuba belai dia, tapi dia tetapi VROOOOOOOOOOOM! Boleh tak kau bayangkan perasaan aku macam mana bila cikgu tu pandang aku dengan pandangan . . . geram. Kot. . . *Nangis

Kereta pulak tk de aircond. Tingkap terbukak. So bila sampai traffic light, cikgu tu sibuk bercakap ajar itu ajar ini. Lepas tu nanti orang yang bawak motor semua pandang. Cikgu aku suara dia memang kaw kaw lah kan. Agaknya, dia nak mengajar orang yang dekat sekeliling tu sekali kot. Time tu aku rasa macam nak pakai spec mata hitam besar je o.o

Sepanjang aku drive, dia sentiasa berceramah. Tapi percayalah. Aku memang tak dengar. Sebab dia jugak yang suruh aku focus. Kahkahkah! Dia cakap, kalau memandu, mata kena pandang depan. Aku focus. Okay pandang depan. Depan aku time tu ada motor askem 'mat cool mat cool kawanku, mari kita ikut, mat cool.' Gulp. Terus terbayang, sedapnya dapat makan ice-cream. Lepas tu tak sedar lampu dah hijau. Cikgu dah bising, mat cool pun dah jauh. Bai mat cool *Kataku secara perlahan. Aku tekan clutch, gear kasi gear satu dan tekan minyak. Bom! Enjin mati.

Argh! Ni lagi satu masalah.

Asal jumpa traffic light je, mesti aku mati enjin. Orang belakang pulak memang mengamalkan konsep 'masyarakat penyayang'. Asyik hon hon je. Ikutkan hati, nak je aku keluar pergi cabut hon dia tu. Bising! =.=' Aku pun tak tahu kenapa asyik mati enjin je. Kalau ada 5 traffic light, lima kali aku mati enjin. Sampai cikgu tu aku rasa, naik fed up jugak lah.

Cikgu : Kenapa mati enjin je ni?
Murid : Tak tahu.
Cikgu : Awak dah tekan clutch ke belum?
Murid : Dah!
Cikgu : Kalau awak buat betul betul takkan mati enjin.
Murid : Hmm!
Cikgu : Cuba relax.
Murid : K.




Aku memang tak boleh nak relax.

15 January 2012

Taknak mimpi

Assalamualaikum.

"Biar mimpi sampai ke bintang"



Tapi . . .

#Macam mana nak mimpi sampai ke bintang kalau mimpi baru nak naik roket dah terbangun dari tidur?

#Macam mana nak mimpi sampai ke bintang kalau baru nak masuk alam mimpi mak aku dah kejut suruh solat subuh?

#Macam mana nak mimpi sampai ke bintang kalau tidur tak dapat mimpi macam tu, tapi dapat mimpi makan ice-cream baskin robin?

#Macam mana nak mimpi sampai ke bintang kalau sebelum tidur aku dah baca al-mulk? Ecececeh :P
Kau jangan epa, menyampah orang baca nanti.


Mesti best kan kalau dapat mimpi sampai ke bintang. Tapi kalau boleh, aku tak nak mimpi sampai ke bintang. Aku nak sampai ke bulan. Up sikit. Alang-alang tu dapat sekali pangkat angkasawan Malaysia yang kedua.



Hai abang astronaut. Abang sungguh kepal. Janggut abang sexy gitu. Macam parut jerawat ngupenye.








Kata kunci : Jangan lupa baca surah Al-Mulk sebelum tidur. Surah Al-Mulk dapat menghindarkan kita daripada seksaan kubur. InsyaAllah. Selamat beramal! =D

13 January 2012

Assalamualaikum!

Perlu ke kita judge someone dengan masa lampau dia?
*It is general and aku tak point kat sesiapa.


Kalau orang tanya aku, aku akan cakap tak. Seriously NO.

Benda yang dah lepas, biarlah berlalu. Perlu ke ungkit-ungkit? Let say, your bestfriend suddenly confess yang dia dulu pernah dating dengan your boyfriend after two weeks korang declare. And now they have nothing between them. Apa reaksi hang? Nak marah? Okay kalau aku memang marah ah! Tipah tertipu kot.
Tapi perlu ke marah lama lama? Benda tu dah terjadi pun. Kalau nak marah pun macam bazir air liur je. Dan buat seksa badan. Conclusion : Clash je dengan boyfriend kau tu apa susah. Pisang mungkin berbuah dua kali. Kahkahkah!

Okay ini tak membantu. Next!


Contoh kedua okay? (As if kau jadikan yang kat atas tu sebagai contoh yang pertama)

Kau ada seorang kawan. And dia bagitahu kau, dulu dia tu gangster kampung pisang. Bukan sahaja gangster, peragut penyamun perompak dan segala bagai pe lagi lah. Memang budak ni jahat lah. Tapi sekarang dia nak jadi baik dan dalam proses untuk menjadi baik. Maka, kau sebagai seorang kawan, apa yang perlu kau buat?

Adakah?

a) "Dah alang-alang jahat, kau jahat je lah terus. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan."
b) "Kau dah tak de harapan dah ni. Teruskan je kerja kau. Polis pun memang dah carik kau kan?"
c) "Habis kau nak aku buat apa? Jadi gang kau?!"
d) "Aku tergamam. Aku tak sangka kau . . . Kita putus kawan!"

Kalau aku, aku hantar je dia kat balai polis. Silap-silap aku dapat hadiah daripada pihak polis. Kahkahkah! :P Okay its not funny at all.

Situasi ni sebenarnya banyak berlaku kat sekeliling kita. Cuma kita je buta kepala tak pernah ambil tahu. Apabila seseorang meluahkan sesuatu yang berkaitan dengan masa silam dia kepada kita, semestinya kita perlu menjadi seorang pendengar yang baik. Walaupun benda yang kita dengar tu, mungkin bukan benda yang menarik malahan mungkin akan menjadi pahit. Just stay as pendengar yang baik. It was past. Kalau kau sibuk bantah bantah, adakah ia akan merubah masa silam itu? No ahh. Tapi, kalau kau boleh menolak untuk tahu, tolak lah. But, bagi aku, lebih baik untuk kita tahu sejarah orang itu daripada mulut orang itu sendiri daripada mulut orang lain. Betul?

Apabila kita mengetahui 'the past', mungkin persepsi kita terhadap seseorang akan berubah. Mungkin akan bertambah atau berkurang. Ikut orang jugak. Tapi bila someone dah ceritakan segalanya kepada kita, semestinya dia sedang berlaku jujur. Dan semestinya jugak, kita yang mungkin tengah emo time tu, tak perasan yang dia sedang meminta kita untuk memahami dan membimbing dia ke arah yang betul.

As i said, benda tu dah lepas. Bersyukurlah sekurang-kurangnya dia berlaku jujur yang dulunya dia seorang perompak dan pelbagai pe lagi. At least kita tak jadi tipah tertipu. Tugas kita yang mendengar ni, WAJIB pimpin dia yang macam orang buta tu pergi ke hospital mata untuk kasi dia tak buta lagi. Kehkehkeh! Okay tak lawak. Hmph.

Seorang kawan sepatutnya tak berdiam diri apabila mengetahui situasi sebenar. Tidak perlu mengungkit-ungkit, menghina ataupun mencela kerana setiap orang pasti ada kisah tersendiri. Lagipun siapa kita nak menghina orang? Kita sendiri tak sempurna. Masing masing tak sempurna. Sebab tu kita ditugaskan untuk saling menegur. Walaupun mungkin dia dah totally berubah ke arah kebaikkan, tugas sebagai seorang kawan takkan pernah habis. Dampingilah orang yang macam ini secara 'berlimpah-ruahan' agar dia rasa dihargai, lebih bersemangat untuk mulakan hidup baru. Besar pahalanya tauu! Bukannya meninggalkan dia. Nanti tak pasal-pasal esok kau dapat tahu dia dah mati terjun tasik. Lepas tu ada nota "Semua orang tak sayang kite!". Dushh Nauzubillah!

Jangan memandang rendah/tinggi kepada seseorang kerana perkara yang dah lepas. Pandang depan je. Fikir apa yang akan berlaku dan macam mana nak mencorakkannya supaya menjadi yang terbaik. Fikir mengenai hari esok, lusa, bagaimana keadaan kita didalam alam barzakh dan juga di padang Mahsyar kelak. Nak yang terbaik perlu buat yang terbaik, jadi yang terbaik. InsyaAllah =)

Last but not least, tak perlulah kita menceritakan keburukkan seseorang kepada seseorang yang lain. Kalau kita bercerita untuk tujuan kebaikkan, memberi pengajaran seperti kisah firaun tak pe. Tapi kalau  . . . . (fill in the blank with the right sentence).



"Tutuplah aib saudaramu sebagaimana pula kau ingin Allah menutup aibmu janganlah pupuk prasangka buruk dalam hatimu yang akan menodai imanmu Jika kau dihina dan dicaci atas sesuatu yang kau tahu ada dalam dirimu, janganlah kau balas menhina dan mencaci sesuatu yang kau pun tau hal itu ada dalam dirinya. Semoga pesan ini bermanfaat untukmu dan juga untuku."