31 May 2011

Oh i love kiddos =)

Bila kita sukaa kanak-kanak, secara tidak langsung kita telah menyerlahkan sifat kita yang penyayang. Jadi, sila layan kanak kanak dengan baik dan penuh caring di tempat yang ramai orang supaya makcik makcik terpikat dan nak jadikan kau menantu. Dia dah start dahhh -_____-

Tapi tapi tapi
Aku suka / layan kanak kanak bukan sebab nak orang puji "hok olloh anak sapa la tu baiknya, penyayang sungguh, sat lagi nak pi risik lah."
Bukan bukan

Aku suka layan kanak kanak ni sebab

 sebab aku nak perasan muda tu je. Yela, keliling kita semua budak budak kecik. So boleh lah perasan diri ini pun kecik jugak ^_^

*****
Kanak kanak gojess (:



Sometimes, aku rasa macam nak kawin awal je. Lepas SPM ingat nak terus kawin. Eh kalau nenek aku boleh kawin lepas PMR takkan aku lepas SPM tak boleh kot? =D

Sometimes, aku rasa macam nak bagi penampar kat diri sendiri. Should i? Grrrrrrrr






Happy June, guys :)

lots of love,
epa yang penyayang.

Gambar ni aku punya


Aku tak tahu apa masalah blog ni. Elok elok gambar ni tegak dia pergi baringkan urgh.
Bala ni bala! LOL

ABID! Dah lama tak lawan gambar sape paling cantik kannnn
Eh lupa. Camera kau dah kene culik HAHA eh silap. HUUU *Bunyi sedih

=D

29 May 2011

Aduhh msg oh msg

My father got one message :

PIBG SMKTEEET : Harap Maklum. Program Perkampungan Akademik PMR/SPM diadakan dari 28/5/11 hingga 1/6/11. Semua pelajar Tg 3 dan Tg 5 diwajibkan hadir. Sebarkan kepada semua Ibubapa dan Pelajar. Terimakasih



ARGGGGGGGGGHHH!
VIRUSSSSSSSSSSS!
Virus datang menyerang! Virus melalui handphone! Mari ler kita ramai-ramai rendamkan handphone dalam mangkuk jamban!! Jangan guna handphone dah. Handphone ni boleh melalaikan. Jum serbu kedai handphone gadai handphone masing masing. Suruh mak bapak gadai handphone sekali! T_T





Tiba tiba aku rasa nak demam. Uhuk uhukk. Ehhhhekk *Bunyi kahak



Anyway kawan-kawan, anda perasan tak kesilapan kat virus msg tadi tu? Ibu bapa sepatutnya jarak. Terima kasih pun patutnya jarak. Walah. Cikgu Zaidah patut bangga ada anak murid yang prihatin macam aku ni. Allergic tau kalau salah tulis BM ni. HAHA

nak nak nak T_T



Rasa macam nak makan subway lah! Laparnyaaa. Kalau Domino boleh jugak call delivery. Subway mana ada. Eh ke ada? ellek la ellek o.o Eleh mentang mentang dah pandai call delivery, semua benda nak delivery. Eh kau ingat semua orang berani ke nak call delivery tu?


LAPARNYAA gulp gulp *telan air liur



Kalau lah aku ada lesen kereta . . . oh

27 May 2011

16 APRIL 2011

EXPLORACE ANJURAN PUTERI ISLAM!

So, these are some of the activities.



Makan telur mentah. Muh memang hebakkk

Makan peria yang telah 'diblended'. Muh super hebakk :D
Tapi sape makan halia lagi hebak. Eh ke peria lagi hebak? (Tapi kenapa mesti hebak bukan hebat?)

Gadis gadis yang handsome dan macho.


MAAF sebab lewat upload! Biasalah budak nak SPM (alasan dah basi lah epa). Eh by the way, muka muka yang diconteng hari tu, ada yang tumbuh jerawat tak? xD

22 May 2011

May's

USTAZAH NORMAH B R | 20 MAY

KANAN HUJUNG : MUNIRAH SBRN | 21 MAY

KIRI : SHAIRAH ZLKHS | 22 MAY
KANAN : N ZAKIRAH ZHRI | 23 MAY

HAPPY BIRTHDAY !!
*Jerit dengan nada yang paling gembira*

MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU =)

jap saya ada hadiah




Taraaaaaaa! Cake 4 tingkat. Penuh keringat aku membuat cake ni tahu!? Sorang amik satu tingkat eh? Jangan rebut rebut. Yang bawah sekali tu ustazah punya. Second tu Shae punya. Bagi dia makan banyak sikit sebab dia kurus sangat. Hehe. Third tu kasi Mun. Sebab dia pun kurus jugak! Last sekali baru Zack. Sorry ah zack. Aku dahulukan yang underweight dulu. HAHA

Ramai ngupenya yang lahir bulan May ni. Biasalah kan. Bulan lima banyak ong maaa. So, whoever yang celebrate birthday dalam bulan may, saya nak wish HAPPY BIRTHDAY! May Allah bless you, too :)

p/s : Susah bebonor aku nak carik gambar Shae dengan Mun. Zack pulak terlebih gambar o.o

21 May 2011

frust

Entri ni patutnya dah publish lama. Tapi entah kenapa boleh tertunda


Bila pinjam barang orang, tolong lah jaga elok elok.
*tarik hingus*


insidious

Semalam, lepas balik sekolah, tukar baju terus bergegas pergi ke Alamanda. Okay tak. Sebenarnya pergi rumah Naz dulu, lepas tu pergi rumah Dirah, dan lepas tu baru sampai Alamanda. First time, aku hang out dengan kawan petang petang lepas sekolah. Ah thanks Dirah kerana mencipta sejarah dalam riwayat hidup aku. Perancangan asal nak tengok Nur Kasih. Tapi ye la kan, ramai beno peminatnya. Sampai ke malam full. Pirates pun full. Tak tahan betul. Beratur punyalah lama. Sekali semua sold out. TSKK. (Pengajaran lepas ni kene book dulu kalau nak tengok movie) Oleh kerana nak ubat hati yang kecewa Nur kasih dah habis, kitorang amik cerita INSIDIOUS. Padahal tak tahu pun cerita ni pasal apa. Main petik je. Tu lah penangan orang kecewa. Asalkan boleh masuk wayang betul tak dirah?! HAHA! Yang penting. 13PG. Err Tak de kene mengena sebenarnya hahaha.


Cerita ni cerita paranormal. Ada satu family ni, dia pindah ke rumah baru. Lepas tu family dia macam kena kacau. Dorang ingat rumah tu yang berhantu. Jadi, dorang pun pindah lah ke rumah lain. Tapi dorang still kena kacau jugak. So, dorang panggil la 'orang-yang-pakar-dalam-hal-mistik' untuk solve this problem. Oh sebelum tu. Anak dorang koma sebab jatuh tangga kat rumah baru. Then, bila dah panggil 'orang-yang-pakar-dalam-hal-mistik' tu, barulah dorang tahu bukan rumah baru dorang yang berhantu. Tapi? Adalah. HAHAHAHAHA



She heard something. Benda warna kelabu putih tu macam aa macam, kalau baby dia nangis kat bilik, dia kat bawah boleh dengar. Macam tu la hehe. Nanti kalau aku dah kawin, dah ada baby. Aku tak nak letak benda tu. Scary kang tak pasal pasal dengar benda lain. Macam dia ni lah O.o



Dorang ni gang paranormal. Haha gang kau. Time ni, perempuan tu tengah scan 'benda'. So dia nampak benda tu kat ceiling. Dia cakap lah bentuk dia macam mana. Mata, muka, merah, api wuuu wuuu wuuu. Lepas tu, Mamat yang kat sebelah tu akan lukis lah. Part ni best best. Suspen + lawak. Muka tension je. Sorang tension tengok hantu sorang tension kene lukis cepat cepat.



Tu setan tu setan. Takda lah scary sangat kan? Tapi entah la dalam wayang tengok muka ni semua terjerit. Tapi aku tak jerit aku cool hahahaha. POYO 

Cerita ni banyak babak terkejut. GILA Padahal takde lah seram sangat. Maybe sound dia tu kuat sangat kot? >.< Hampir cair taik telinga aku asyik dengar orang jerit. Ada part yang kelakar. Ada part yang serious. Ada part yang cemas. Eh ada ke? Entah lupa haha! Tapi, cerita ni lembab sikit perjalanan dia. Quite boring lah nak tunggu. Brrr. By the way, sebelah kiri aku lelaki tau. Mula mula start tu, mamat ni sibuk dok complain, bosan ah. Menyesal bayar la bla bla. Dah sampai separuh jalan, omg kau tahu apa dia buat? Dia tutup muka! Dia peluk kawan dia lepas tu sibuk mencarut carut. HAHAHA YOU CANT IMAGINE serious lawak aku rasa aku lagi cool dari dia aku tak jerit pun peace HAHAHA so sesiapa nak blanja aku tengok wayang cerita hantu akan rasa tenteram dengan aku. HAHAHA

Konklusinya, aku bagi 2.5 dari 5 bintang. Aik separuh je? HAHA daripada aku tak bagi langsung. Markah hilang sebab ending dia tak happy =__= Bak kata naz, ending dia jadi igauan LOL agak lah.

So, siapa nak belanja aku tengok Nur Kasih? :D

18 May 2011

BUZZ!

Tadi, chatting dengan naz through YM. She gave me a video. Video yang bagus untuk muda mudi zaman sekarang. Oleh kerana bagus, time time tu jugak aku ym mak aku yang kat office tu Hahaha memang tak reti nak bersabar. Tapi aku takdelah terus kasi. Berbudi bahasa lah sikit kan. Mak eden dah ajo cane nak tego orang tuo. By the way, aku ni buta IT buta computer tak tahu cane nak copy paste wall ym =_= So aku salin je lah eh perbualan aku dengan mak aku. Hahaha

Me : BUZZ!
Me : Ibuuuuu! Busy ke? Buat kerja eh? (Aku pun tak tahu kenapa aku tanya soalan bodoh macam ni)
Ibu : Yela. Kenapa?
Me : Saje. Nak bagi ibu tengok video ni. Bagus tau. Nah




3 minute kemudian.

Ibu : Haa kan ibu dah bagitahu. Kakak selalu buat macam tu kan.
Me : Bagitahu apa pulak ni -.-'
Ibu : Simpan bagi abang dengan adik tengok.
Me : Oh tidur petang eh?
Ibu : JANGAN TIDO LEPAS ASAR NANTI OTAK LEMAH DAN BOLEH JADI GILA
Ibu : Ibu selalu pesan tapi tak dengar pun
Me : Haa ye ye

Dasyat gila. Kat ym pun sempat lagi bebel ke? Hebat betul ah. Siap capslock lagi nak tunjukkan betapa tegasnya mak aku kat situ hahahahahaha.

Jangan bagi jin jatuh hati dengan kita. BAHAYA!! Tapi, kalau manusia jatuh hati, tu takpa. Lagi lagi kalau manusia tu kacak bergaya anak orang kaya. Tapi kalau anak raja, pergh apatah lagi kan. Nanti jadi macam prince william dengan kate middleton. hahahahahahahaha :P (Eh aku tak letak huruf besar kat pangkal nama dia, tak pe ke? Lantak)

Weh ustaz ni ceramah best. Pergi lah search kat Youtube. Berbaloi baloi. Macam guna celcom blueeeeee.

15 May 2011

unnormal



Saya rindu kem pengawas 2011

sangat rindu

Ni lagu tema kem
Terus terbang segala mood bila dengar lagu ni. Yang tak terbang mood rindu je. Eh boleh pulak macam tu? Ah sukati.

Nak feeling feeling jap. Bye