04 February 2011

haha!

Perbualan ini berlangsung semasa aku otw nak balik kg bersama ibu dan adik. Yang kaum adam semua busy thats why tak dapat balik :D

Me : Ibu. Kenapa ada banyak kereta ni? (Pointing at those cars yang parking kat tepi2 jalan dalam kuantiti yang banyak)

Ibu : Kenapa apa?

Me : Yelah. Banyak kereta ni. Ayah cakap kalau banyak kereta tengah hari macam ni, ada orang meninggal. Haa kan betul. Tengok! Dorang tengah solat jenazah tu.

Ibu : Hish apa solat jenazah kakak ni! Merepek je. Dorang tengah solat Jumaat lah?! Apa ni sampai hari semua dah lupa. Orang tua pun tak macam dia.


Allah... Hari ni hari jumaat ke? HAHA nasib baik aku tak sedekahkan al-fatihah lagi.

No comments:

Post a Comment