02 July 2011

kebodohan semasa kecil

Assalamualaikum :)

I got an idea bila baca someone's blog. So, lemme tell you perangai buruk comel aku masa kecik kecik dulu. Ehehh =p  :

1 - Aku pernah kena cacar. Lepas nampak je banyak bintik bintik merah, aku terus meraung. Aku fikir aku akan jadi alien, sebab sebelum tu aku tengok cerita alien.

2 - Dulu siapa yang sakit mata, dia cool.

3 - Aku benci badut. Benci benci benci! Tapi bila badut bagi aku belon, perasaan takut bertukar menjadi suka. Lepas tu benci balik. Aku pun tak tahu kenapa.

Kau fikir bibir tebal sexy? Tak langsung!
4 - Dulu barbie merupakan satu fenomena. Siapa tak main barbie, dia tak gegirl lahhhh =p

5 - Ingat lori hantu tu, hantu yang bawak. Lepas tu kalau nampak je, mesti lari bagi nak gila.

6 - Kalau malas pergi sekolah, nanti minum air panas lepas tu letak 'thermometer' dalam mulut. Lepas tu buat suara lemah "Ibu~ demam..." hehe

7 - Aku selalu fikir macam mana gajah bersalin. Sape yang sambut baby dia? Ahh buang masa betul bila ingat balik.

8 - Dulu, someone told me jangan kira duit waktu malam, nanti toyol masuk rumah pastu amik duit tu. ARGHHH!  Sampai sekarang aku tak kira duit waktu malam. Sanggup aku tunggu siang. Too bad aku lupa sape yang cakap ni, pengaruh buruk betul.

9 - Dulu aku fikir harimau tu ialah singa betina.


10 - Aku benci doktor gigi kerajaan. Aku suka doktor gigi swasta. Sebab kalau pergi doktor swasta, dia punya 'bahan' semua berperisa. NYUMMMM! =)

11 - Bila aku tengok cerita dulu dulu yang tak bercolour. Mesti aku pelik. Macam mana la kehidupan orang dulu dulu yang tak de warna langsung? Muka semua kelabu. Mesti fikir, siapa yang cipta warna?

12 - Kalau ada awan hitam atas bumbung rumah, maknanya ada witch yang nak turun =P hehehe


13 - Kalau gigi patah, mesti baling atas bumbung. Aku lupa reason dia. Tapi bodoh bodoh jugak lah reason dia.

14 - Filem hindustan adalah filem kegemaran. Sanggup menangis tepi jalan sebab tak dapat beli Cd.

15 - Bunga kertas adalah bunga yang paling cantik. Dulu.


16 - Sanggup meraung tepi tadika taknak pergi sekolah sebab ibu taknak belikan pemadam barbie kat 7e. (Punca : aku jealous dengan sorang budak ni dia selalu show off pasal pemadam barbie dia)

17 - Time darjah 6, tempat aku hang out ialah warta. Rasa hebat gila bila pergi warta dengan kawan kawan. Rasa dah besar.

18 - Dulu aku selalu fikir, macam mana baby boleh ada. Hehehe tapi kini, semua itu tidak menjadi masalah lagi. Aku belajar bio! =P

Okay enough. Ni semua zaman dulu dulu punya cerita. Zaman 90-an. Zaman jahiliah. Aku rasa bukan aku seorang je yang rasa macam ni, kan? Ke memang aku seorang je? Mak ai. Tapi bila fikir fikir balik, aku rasa kelakar pulak. At least aku ada memories yang comel untuk diingat kembali. Kau ada tak? =) 



No comments:

Post a Comment