25 September 2011

Peguam sebelah kaki kat neraka?

Assalamualaikum

Dulu masa kecik kecik, Pak Ngah aku ada tanya, nak jadi apa? Aku cakap peguam. Pak Ngah aku marah. Dia cakap peguam sebelah kaki kat neraka. Terus aku tukar cita-cita jadi juruterbang. Aku berpegang cita cita nak jadi juruterbang dari darjah 6 sampai form five (now). But then, aku rasa aku tak minat kat semua tu.

Ramai orang cakap, jangan jadi peguam jangan jadi. Okay fine. But bila dah besar (Ceh besar sangat lah kan haha) aku fikir fikir balik, kalau semua orang islam taknak jadi peguam, siapa yang nak bela orang islam? Siapa yang nak tegakkan undang undang islam kalau kat mahkamah semua non-muslim yang conquer? Siapa yang nak melindungi hak orang islam? Orang islam murtad, kes dibawa ke mahkamah, siapa yang nak pegang kes ni? Non-muslim?

Cis!

Bila semua orang asyik mengelak, tuntutan fardhu kifayah siapa yang nak laksanakan? Bagi aku semua kerja terdedah dengan risiko. Kalau iman kita kuat, buat kerja semua kerana Allah, insyaAllah kita tak akan tergoda dengan duit yang disogok. Tepuk dada tanya IMAN.

Actually aku bukan orang yang tepat untuk cakap benda benda ni. Tapi aku bengang bila semua orang asyik cakap jadi peguam sebelah kaki kat neraka Ceh! Bagi aku, semua kerja ada risiko untuk masuk neraka. Bukan peguam sahaja. Macam doctor. Doctor boleh terlibat dengan  pengedaran organ organ secara haram? Kerja di Bank pun terdedah dengan risiko pecah amanah. Kerja dengan duit kan, siapa tak tergoda?Macam mana tu?



Kita semua manusia biasa, juga diibaratkan sebelah kaki di syurga dan sebelah kaki dineraka. Sebab dua tempat tu je yang ada kat dunia lagi satu itu, akhirat.

No comments:

Post a Comment