May Allah bless us inshaAllah.
Post kali ini aku nak berkongsi mengenai surah-surah yang patut dijadikan amalan seharian dan fadhilatnya. InshaAllah. Aku pun baru tahu mengenai perkara ini dan in process untuk menjadikannya sebagai perkara wajib buat hari-hari. Bukankah berkongsi ilmu itu satu tuntutan? ;P
Lemme share with you.
Bismillahirrahmanirrahim.
Surah Surah untuk dijadikan amalan harian.
#Surah Yasin
#Surah Al-Waqi'ah
#Surah Al-dukhan
#Surah Kahfi
#Surah Al-Mulk
#Surah As-Sajdah
Mesti rasa macam "Ahh banyaknya surah nak baca dalam satu hari!" Kan? Haha Jujur, aku rasa macam tu bila kali pertama melihat senarai surah harian ni. Ini tandanya iman tidak kuat lagi ni? Kena upgrade cepat-cepat. Tapi, kalau kita pandai manage masa dengan betul, insyaAllah. Boleh je amalkan semua surah ni.
Lemme give you some tips.
1. Surah Yasin.
Seeloknya dibaca pada permulaan hari. Apa kata selepas solat subuh tu, daripada kita tidur, lebih baik kita luangkan masa sekejap membaca Yasin? Bukan lama pun, 15 minutes je. Tahu tak apa kelebihan mengamalkan surah Yasin?
2. Surah Al-Waqi'ah.
Curik masa. Perform solat sunat dhuha, habis solat sunat. Baca Surah Al-Waqiah. Tak lama pun masa yang diambil. Kelebihan surah :
Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Nak kaya tak nak murah rezeki tak? Amalkan surah ini ya anak-anak ;P
3. Surah Al-dukhan.
Selepas solat maghrib tu, bacalah surah Al-dukhan ni. Surah ni pendek je. Silap haribulan, baca 2 minggu berturut-turut, dah hafal. InshaAllah ;)
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat di waktu pagi." (H.R. al-Tirmidzi)
4. Surah Kahfi.
Aku baca surah ni pada malam jumaat atau pagi Jumaat. And aku buat pengecualian pada malam jumaat itu untuk membaca surah ad-dukhan kerana surah kahfi ini panjang. Huhu. Jangan ikut Afifah ni. Doakan supaya aku rajin! :)
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat." (H.R. al-Baihaqi)
5. Surah Al-Mulk dan As-Sajdah.
Kedua-dua surah ini dibaca sebelum tidur. Daripada kita sibuk mengira 'satu ekor kambing.. 2 ekor kambing..' *Terasa Lebih baik kita membaca surah-surah ini. Banyak kelebihan lagi. Daripada mengira kambing tu...
#Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.
#Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.
Dah habis baca surahhhhh! Yeyy Alhamdulillah!
See, Ia akan menjadi mudah kalau kita pandai manage time well. Takde lah rasa tertekan dan kelam kabut, betul tak? *Terasa
Sebenarnya banyak lagi surah-surah harian yang lain, cuma disini aku kongsikan sedikit sahaja, sebagai menopup amalan-amalan kita yang lain. InshaAllah! Kalau mahu lebih, pergi tanya Pakcik Google.
Hope lepas ini, kita sama-sama dapat menjadikan surah-surah berikut sebagai 'things to do everyday', and kalau tak buat, rasa tak senang hati. Umpama mandi tak basah, makan tak kenyang, minum terasa haus. LOL hehe! Yuk! Sama-sama kita berusaha untuk merebut ganjaran dan cinta Allah SWT, inshaAllah!
Oh peringatan kepada tuan empunya blog jugak. Jangan ngelat aaaa!
P/S : Sahabat, buat secara perlahan-lahan. Just enjoy doin it. InshaAllah lama-lama ia akan menjadi habit, <3
No comments:
Post a Comment