Assalamualaikum =P
Rasulullah memberitahu “Hendakkah engkau wahai anakandaku, sekiranya aku beritahumu suatu perkara yang terlebih berat, berharga dan bermakna daripada dunia ini dan segala isi kandungannya?”. Kerana kekayaan Qarun itupun tidaklah sehebat mana kalau nak dibadingkan dengan bumi dengan segala isinya “Tentu sekali” jawab Fatimah ra. “Engkau bertasbih (ucapan Subhanallah) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang, bertahmid (ucapan alHamdulillah) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang, dan bertakbir (ucapan Allahu akbar) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang” [rujuk sahih bukhari].
33 kali?
Banyaknya.
Pernah fikir macam tu tak? Tak pernah? Hebat! Iman anda mantap. Teruskan.
Yang fikir, bukan nak cakap iman kau tak mantap, cuma kurang sikit (cover cover sebab diri sendiri buat).
Orang selalu pesan, lepas solat, lapangkan diri, berzikir. Ye, tahu. Tapi bila disuruh zikir sampai 33 kali for alhamdulillah, Allahuakhbar, Subhanallah, rasa macam sedikit .. . . ehem, malas. Paling banyak pun 7 kali. Paling rajin ni. Kalau tidak, lepas solat just baca al-fatihah for our Rasullah and parents, baca ayat kursi, doa ibubapa, dan doa mmm (tak tahu apa nama dia hehe =P). Malas kan? ><' Astafirullah hmmmmm
* * * * * * * * * *
Dari Abu Umamah Radhiallahu ‘Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa membaca ayat Kursi pada setiap selesai solat wajib, maka tidak akan ada yang mencegahnya untuk masuk syurga, kecuali kematian.” (HR. An Nasa’i)
* * * * * * * * * *
Enough cerita pasal kemalasan diri. Memalukan sungguh. Jangan ikut haaa *cekak pinggang*
Pernah sekali time hang out dengan kawan-kawan. Waktu solat asar sudah masuk. Kami pun bergerak ke surau =P Hm. So solat sendiri sendiri. Sebelah aku, seorang wanita arab sedang khusyuk menunaikan solat. So fine lah. Aku pun solat. Habis solat semua, aku pandang dia. Aku tengok wanita arab ni sedang khusyuk main dengan jari dia. Blur wei blur. Lepas solat main dengan jari? Apa kes. Haha. Lama jugaklah aku jeling-jeling dia. Malu nak pandang terus hehehehe!! Dalam hati fikir, mesti ada something ni. Niat mahu tanya. Tapi dalam mulut aku kan ada emas!! Haih :/ Last-last aku buat conclusion, mazhab lain-lain. Ceh conclusion budak malas fikir.
So cerita habis kat situ je! =P
Tak terasa nak tanya kat orang alim kenapa dia habis solat main jari. Tak. Aku memang bodoh sombong.
So nak dijadikan cerita, tadi aku online facebook.
Macam biasa, aku kan stalker hehe. Pergi la singgah wall sorang-sorang, baca status. Kalau malas sangat, pergi home. Amik kau, semua ada. So, aku tiba-tiba tertarik dengan satu gambar. Gambar tangan. At first, macam apa ni? Lantok ler. Tapi bila bosan semua status aku dah baca, aku pergi balik kat gambar tadi. (Okay jalan cerita lambat! Lek lu lek lu =D)
Aku baca dan fahamkan gambar itu.
Ooooooooooooooooo.
Persoalan aku terjawab kenapa wanita arab tu main jari dia.
Bukan sebab dia nak urut jari dia or exercise jari.
Tapi sebab zikir.
So.... Okay!
Aku cuba.
Eh tak sampai 2 minit eh nak zikir?
:')
Moga Allah permudahkan ameen.

No comments:
Post a Comment