Assalamualaikum.
**5 Days to go Eceh. Haha**
Baiklah.
Di Facebook,
Aku sentiasa tertarik dengan kata-kata (status) Hilal Asyraf.
Segar dan penuh dengan peringatan.
Bahasanya juga mudah faham. Dan teratur.
Saya sentiasa nampak dosa itu seperti 'najis'.
Bila wujud, kita takkan berdiam diri.
Mesti cepat-cepat mahu cuci.
Saya sentiasa nampak dosa itu seperti gunung yang menghempap,
Bila wujud, kita tidak akan diam menanti,
mesti cepat-cepat mahu selamatkan diri.
--------------------------
Teringat satu ketika ketika saya tahun 1 di University of Yarmouk, belajar dengan Sheikh Dr Asyraf Bani Kinanah. Dia menerangkan berkenaan dosa, seakan-akan buruknya dosa itu hingga tiada perkara yang kecil.
Seorang pelajar bertanya:
"Wahai doktor, jadi di manakah dosa-dosa kecil?"
Dr Asyraf mejawab:
"Dosa apakah yang boleh dianggap kecil?"
Saya masih ingat macam mana saya tersentak ketika itu. Begitulah sepatutnya kita memandang dosa.
-By Hilal Asyraf-
Sorry if selalu sangat re-post ilmu daripada Facebook.
Benda baik kan perlu dikongsi? Hehehehehehe!! =P
Peace yaw wee!
Tq untuk entri ini Fifa.
ReplyDelete