01 March 2012

Susah rupanya mahu menjadi seorang sahabat ni




Sahabat itu untuk saya mahal.
Kerana itu jika dia terjun ke dalam neraka,
saya sanggup terjun juga untuk mengambilnya semula.

By Hilal Asyraf




Aku terkesan dengan ayat diatas. Begitu mendalam erti sahabat buat Hilal Asyraf ya? Untung siapa dapat menjadi kawan.

Aku terfikir juga, bolehkah aku menjadi kawan dalam erti sebenar? Kawan yang sanggup terjun ke dalam neraka untuk mengambil kawannya? Dan memimpin kawan itu masuk kedalam Syurga? Bolehkah? Atau hanya membiarkan sahaja kawan itu terus berada didalam Neraka?

Aku pun tidak tahu untuk berkata apa.
Hanya kawan aku sahaja yang boleh memberitahu.

Mungkin aku hanya terdiri daripada golongan yang menghulurkan tangan buat kawan yang terjatuh? *Sedapkan hati*

Atau

Kawan aku yang akan menghulurkan bantuan buat diri aku?
Entahlah. No answer for that.


Kawan-kawan tersayang.
Saya sangat bersyukur kerana Allah pertemukan kita dalam dunia sementara ini. I feel blessed. Saya bersyukur kerana Allah temukan saya dengan orang-orang yang terbaik. Mereka yang tidak jemu menasihati saya agar menjadi yang terbaik. Apa yang boleh Epa balas untuk budi kamu semua? *I takda duit hehe kedekut gila* 

Semoga Allah temukan kita di Jannah juga. InshaAllah.




Kawan dibaratkan sebagai Bulan (Aku tak cakap muka kau berkawah wei!!), walaupun jauh, dia tetap dapat menerangi hidup aku yang suram.

Errr...

**Ala macam kau dalam hutan, kan gelap? Lepas tu ada bulan, terang lah sikit kan? Haa macam tu lah maksud aku! Haha rasa awkward sebab baru tulis ayat bunga-bunga o.o**




Sahabat yang baik itu adalah yang apabila engkau bersamanya,
engkau mengingati Allah SWT.


Take care of your iman wa aqidah.
Lots of love.

No comments:

Post a Comment