Assalamualaikum :)
Lagi dua minggu sesi persekolahan 2012 akan bermula. Dan yang pastinya, aku kini bukan lagi seorang pelajar sekolah. Maka, aku langsung tak excited nak ikut parents bila beli barang sekolah untuk adik-adik aku. Jealous betul aku tengok adik aku beli barangbarang sekolah. Beli pensil beli colour pensil beli pemadam eeeii! *Tapi aku tak jealous sangat lah sebab dia beli pensil kayu haha
Dulu aku ingat lagi masa kecikkecik dulu, aku tak suka pergi sekolah. Sebenarnya bukan sekolah lah, tadika. Kecikkecik lagi dah ada ciri-ciri pelajar tak cemerlang haih! Apa nak buat budakbudak tadika aku semua tak hensem -.-' Pernah suatu ketika tu (Eceh suatu ketika tau!) aku menangis dalam kereta depan tadika sebab taknak pergi sekolah. Teacher kat tadika tu punyalah pujuk aku tapi aku tetap taknak. Aku siap tarik peluk pintu kereta bagai sebab taknak pergi tadika. Aku tak berapa ingat sebab dia tapi aku rasa aku taknak pergi tadika sebab mak aku taknak belikan pemadam barbie kot. . . *Senyap Tapi tak bolehlah salahkan aku sebab ada seorang budak kat tadika aku tu yang show off pemadam barbie dia kat aku. Semua salah dia!! Mencemarkan aku punya memori tadika betul! HISH

Bila masuk Sekolah Rendah Kebangsaan, aku rasa perangai aku molek sikit kot. Malah aku rasa excited! Cewah! Haha tahu tak kenapa aku rasa excited masuk sekolah? Sebab nanti boleh kapur kasutttttt! Hahahahaha!! Comel kan perangai aku? =D Bila abang aku kapur kasut je, aku mesti duduk sebelah dia. Sebab rasa best tengok orang kapur kasut. Yela sebab tadika kan pakai kasut biasa biasa je, so bila tengok kasut budak sekolah, rasa macam dah besar. Rasa macam berdikari sangat bila kapur kasut sendiri. Rasa macam dah matang. HAHAHA =P Tapi percayalah, perasaan tu hanya bertahan selama beberapa bulan, lepas tu perasaan tu bertukar menjadi beban. BEBAN TAHU TAK KENE KAPUR KASUT SETIAP MINGGU? ish sampai sekarang aku tak suka kapur kasut.
-Situasi yang sering berlaku apabila anda telah mengapur kasut dan kawan anda terpijak kasut anda-
And
Perkara biasa bila kita masuk sekolah ialah kita akan belajar. Bukan sahaja belajar ABC 123 ye tapi belajar mengenal apa itu suka. (Aku taknak guna word cinta sebab aku geli). Aku tak nafikan masa aku kecikkecik dulu pun aku ada suka someone and aku jealous kalau orang rapat dengan dia bla bla bla. Benda ni normal lah wei kalau kau takda perasaan macam ni kau memang BOBOIBOY lah! HAHAHA. Lepas tu nanti main yang kira peratus 'cinta' guna nama dia dan nama kita. Pernah main tak? Contoh lah :
Melah Mion & Mamat Keladi
Kira abjad yang sama something like that lah. Then result is ;
95%
Peratus ni kira jodoh kau dengan dia. Kalau tinggi peratus, maka jodoh korang kuat and vice versa.
Comel kan? Sekarang pun aku main lagi benda ni tapi JARANG JARANG. Alasan : Best. Contoh :
Afifah comel & Lee Donghae
101%
Jodoh aku dengan Donghae kuat! Tersangat kuat. HAHAHA! :P
Aku tertanya-tanya, budak budak sekarang ni main lagi tak benda ni?
Sebenarnya banyak kenangan aku kat sekolah rendah. Zaman dimana otak aku tak boleh berfikir dengan betul. Semua buat ikut otak dan nafsu. Bila fikir fikir rasa macam kelakarkelakarbodoh pulak. Berbeza betul dengan sekolah menengah. Orang ramai cakap zaman sekolah rendah lah yang paling best. Hmmmmm betul lah tu, best sebab takde homework. Lepas tu main je lebih. Pagi main. Rehat main. Nak balik pun main. Ush sempat tau. Pandai betul aku curik masa sebab nak main punya pasal. Hahaha! Tapi, bagi aku, sekolah menengah jugak yang best! Sebab kat sekolah menengah lah aku belajar banyak perkara. Kat sekolah rendah pun aku belajar jugak. Tapi aku tak ingat aku belajar apa =_='
Insha-Allah kalau ada masa aku nak tulis pasal harmonian/murnian pulak. Sebenarnya masa ada je, banyak! Tapi aku je yang malas hahaha.
p/s : Aku rasa entri ni tiada motif. Tiada tujuan. Aku rasa macam entri ni desperate. Cis

No comments:
Post a Comment