25 December 2011

Assalamualaikum ;)


2 Tahun bersama dalam satu class sudah cukup untuk jadikan kita semua sebagai satu keluarga. Ragam kau orang semua sudah aku hafal. Kentut setiap seorang pun aku dah tahu baunya. (Haha okay ini tipu yucks! =P) Mungkin kita tak serapat macam budak budak kat asrama yang almost 24 hours berjumpa, tapi kita juga ada kelebihan tersendiri kan? Maka, hari ini, aku nak cuba senarai pendekkan perangai korang mengikut pemerhatian aku selama dua tahun kita berada didalam kelas yang sama. InshaAllah :)

Aku ikut turutan gambar diatas :

Aulad

Abid : Budak ni akan buat taik mata bila waktu Arab dan Sejarah tapi akan jadi active bila masuk kelas Physics.
Afham : Raja tidur. Yang hebatnya, bila berdiri pun dia boleh tidur jugak. Gaya tidurnya sangat unik sehingga menyebabkan semua orang boleh bercakap mengenainya.
Alif : Tak ada budak ni class akan menjadi super sunyi, dan janggal. Tapi kalau dia ada, jadi annoying pulak.
Aswad : Suara dia sedap! Sebab tu dia jadi budak nasyid sekolah =P
Acap Ben : Aku tak kenal sangat sebab kau senyap sangat. Hehe.
Acap Maz : Dia ni kalau gelak boleh rosak eardrum aku. Tapi kalau dia bagi pendapat, memang matang.
Acap Cit : Diam diam ubi berisi. Suka buat muka 'tak tau apa-apa' padahal . . . =P
Hazwan : Artis! Lukisan dia superb! And dia baik wink wink
Ikram : Dia baik. Aku tak rapat dengan dia so aku cakap je dia baik haha! Tapi memang dia baik pun.
Insan : Aku tak kenal sangat sebab dia budak baru. Bolehlaaa~ Haha!
Irsyad : Ulat buku.
Muadz : Partner Abid. Suka buat adegan-adegan yang tak sepatutnya semasa kelas berlangsung.
Muqri : Ketua kelas. Budak ni suka menyusahkan aku. Haha joke hihi!


Banat

Afifah : Budak ni comel gila! Paling comel kot hahahaha!!
Aisyah : Happy-go-lucky! Paling gembira time waktu Mathematics, sehingga sukar dikawal! Haha!
Amalina : Aweklina ;p Pendiam tapi kalau dalam facebook, bukan main lagi!
Azizah : Budak Bio. Tanyalah apa apa pasal bio kat dia. Confirm kau ternganga. Btw, dia rakan gosip yang terbaik :D
Hamizah : 'Ibu' dan kakak yang penyayang. Sering ingatkan aku tentang agama dan islam. Suka cara dia menegur dan mengajar! =)
Hanis : Kelam kabut dan garang yang comel. Dia marah memang takut tapi yang pastinya kalau dia matrah aku akan tergelak.
Iman : Dia ni ada bakat jadi mak andam profesional. Sentuhan dia memang berbakat, dan cara dia hafal sesuatu memang unik.
Maryam : Very consistent dalam lakukan kerja. She's the best! ;) Ada tak orang yang pegang jawatan penolong ketua kelas 4 tahun berturut-turut? She did.
Munirah : Lukisan komik dia sangat cantik! Dia pernah bagi aku satu and i love it! =)
Nadhirah : Photographer class dan sekolah. Gambar dia semua awesome. Nanti aku kawin aku nak panggil dia.
Nazifah : The best deskmate. The best soulmate ;)
Raihan : She's too kind. I miss her.
Sarah : Aku dengan dia memang tak pernah berpura. Cakap main lepas je=P
Shairah : Spontaneous. Gelagat dia sangat kelakar and dia memang kelakar sebab dia spontan. Haha!!
Wardah : Wawa pandai mengajar and dia baik =)
Zakirah : Cikgu bagi segala subject sciences untuk aku, dan cikgu k-pop aku!  =)


Segala yang aku senaraikan ni adalah sifat-sifat classmates aku yang aku kenal selama dua tahun. Walaupun perangai dorang ni kadang kadang a bit annoying, tapi trust me. Mereka tetap yang terbaik. Kalau ditawarkan classmate yang lebih handsome dan lebih awesome daripada mereka, aku tetap akan tolak dan pilih mereka jugak! (Okay yang ini aku macam was-was sikit =P)



Class Murni 10/11 menjadi super awesome sebab adanya manusia manusia yang imperfect saling menegur untuk berusaha menjadi manusia yang sentiasa diredhai-Nya.

Semoga persahabatan kita tak putus dan BILA NAK BUAT JAMUAN WEI?!

Buat kat hotel tau sebab aku nak makan sedap sedap :P

No comments:

Post a Comment